:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Baby Zara E Shop ::

Urusniaga secara ONLINE sahaja

Sebarang pertanyaan, sila hubungi /
SMS / Whatsapp ke 019-5525849 (Nursyafazillah Mohd Salleh)


EMAIL : assyifa251086@gmail.com


All items are READY STOCK !!!!

SERIOUS BUYER only !!!!


* HARGA YG TERTERA ADALAH NORMAL PRICE..SETIAP PEMBELIAN AKAN MENDAPAT HARGA DISKAUN....CPT2 ORDER YE..

Thursday, April 25, 2013

Rawatan alternatif sonotron...

Hari ni, sy nak cite pengalaman saya menjaga si comel ketika beliau selsema..sy nak cite punca saya membuat rawatan ini..

 Satu ari, anak sy asyik mengamuk & xmau menyusu..sy  dan suami pun mencarilah klinik..time tu, dkat kul 1 dah..lastnya singgahlah satu klinik ni..24 jam..alih2 bila tny, doktor xde..kul 3 baru nk ada..geram rs..bt ape bt klinik 24 jam, tapi doktornya xde..

Then, akhirnya, aku singgah sebuah klinik dkat ngan rumah aku..klinik yg mula2 tu, agak jauh dr rumah..mmg tak teringat pasal klinik ni..

Aku pun jumpe dr. tu..dia cek, mmg ada kahak ckit..dia tny bunyi kahak ni, yg lm @ baru..ms tu si comel bru berumur 3 bulan..dr tu kata tak payahlah bgubat..cb bt rawatan sonotron je..kita org pun pergilah ke sebelah..tempat rawatan sonotron..

Mula2 si comel menangis agak kuat..benda tu mcm hair dryer..

 

Bila dihalakan..mmg rs panas2 ckit..tp xbhya pd budak..Alhamdullilah selama 3 x kita org bt..mmg nmpk perbezaannya..Lendir keluar ikut najis..dan xde lg bunyi di dadanya..

Anda boleh mencuba rawatan ini..budak kecik tidak sesuai nk bg mkn ubat..cr lain untuk mencegah penyakit mcm ni..boleh amalkan memakan madu..

Tuesday, April 9, 2013

Perhatian !!!! :)

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..maaf, blog ini akan diupdate dgn seberapa cepat yg mungkin..Anda boleh melwat di FB Baby Zara E Shop..Selamat Bershopping.. TQ:)..Mari LIKE beramai2...

Wednesday, April 3, 2013

Petua mengurangkan selsema...

Bagi anda yang telah dewasa, ikutilah langkah berikut:

1. Ambil beberapa batang sirih dan lap agar ia bersih.

pokok sirih
Pokok sirih - www.pnm.my


2. Hancurkan batang sirih tadi sehingga ia mengeluarkan lendir.

3. Sapukanlah lendir tu kat hidung anda.

4. Ia bertindak melegakan selsema dan hidung anda yang tersumbat sebelum ni.

Lakukan langkah-langkah di atas setiap hari sehinggalah selsema anda sembuh sepenuhnya.


Manakala bagi bayi atau kanak-kanak yang mengalami selsema, cara di bawah lebih sesuai untuk mereka.

1. Ambil kunyit hidup dan bersihkannya.

gambar kunyit hidup
Kunyit hidup - Wikipedia


2. Asah kunyit hidup tadi pada belakang pasu.

3. Kemudian, sapukan hasil asahan kunyit hidup tu pada batang hidung bayi yang menghidap selsema.

Sama seperti petua yang pertama tadi, ulangi langkah-langkah di atas sampailah bayi anda bebas daripada selsema.


Selamat Mencuba! 
drpd blog  http://petuasejagat.blogspot.com/

Dari positive parenting..

Menyusukan Si Manja Semasa Mengandung
Penyusuan semasa mengandung adalah selamat
Oleh Dr Gan Yoke Cheng, Pakar Pediatrik & Penasihat Penyusuan

Menyusukan Si Manja Semasa Mengandung Penyusuan adalah satu pengalaman yang indah di antara anda dan si manja, namun anda mungkin tertanya-tanya apa yang boleh dilakukan jika anda hamil lagi? Walaupun penyusuan dijadikan sebagai pencegah kehamilan, ianya boleh berlaku jika:
  • bayi anda berumur 6 bulan ke bawah,
  • belum kedatangan haid semula dan
  • anda menyusu si manja atas permintaan, enam hingga sepuluh kali sehari.
Keberkesanan ini dalam pencegahan kehamilan dianggarkan 98-99%. Jika anda belum bersedia untuk menimang cahaya mata lagi, anda dinasihatkan untuk menggunakan pencegahan kehamilan alternatif yang lain, memandangkan agak susah untuk mematuhi jadual penyusuan. 

Penyusuan dianggap selamat untuk wanita mengandung. Bagaimanapun, jika anda mempunyai sejarah kelahiran tidak cukup bulan, keguguran, mengalami kesakitan uterus atau pendarahan semasa kehamilan sekarang, pakar penjagaan kesihatan anda mungkin menasihatkan anda supaya menceraikan susu.


Berikut adalah isu umum yang seringkali dihadapi oleh ibu yang menyusukan anak semasa mengandung:
  • Puting tegang dan payu dara sakit - Hampir 75% ibu mengalami kesakitan atau ketidakselesaan pada puting mereka disebabkan perubahan hormon, yang boleh menjadikannya tidak selesa untuk menyusukan si manja. Anda boleh cuba menyesuaikan kedudukan badan anda dengan berbaring semasa menyusukan bayi, atau mengalih perhatian anda daripada kesakitan dengan menonton TV atau mendengar muzik.
  • Kurang bekalan susu - Anda mungkin mendapati pengeluaran susu anda berkurang apabila kandungan anda semakin membesar. Ini boleh menyebabkan si manja anda cerai susu secara semulajadi. Sebaiknya, cuba menyusu untuk seberapa lama yang boleh kerana ia membekalkan nutrisi yang baik serta faedah immunologi kepada si manja anda. Kekerapan penyusuan dan pengosongan susu daripada payu dara merendahkan peluang anda untuk mendapat radang payu dara, iaitu mastitis.
  • Ibu letih - Jika anda bimbang penyusuan boleh menambah keletihan, kebimbangan anda adalah tidak berasas, kerana penyusuan tidak menyebabkan keletihan dari segi fizikal. Malah, ia merupakan peluang yang baik untuk anda berehat.
  • Pengecutan uterus - Penyusuan boleh meransangkan sedikit pengecutan uterus (rahim), tetapi ini tidak berbahaya kepada bayi dalam kandungan jika anda tidak mengalami komplikasi kehamilan. Pengecutan ini berlaku disebabkan oleh hormone oksitosin yang dikeluarkan semasa menyusukan si manja, tetapi selalunya jumlah keluaran tidak cukup untuk menyebabkan pembukaan servik (pangkal rahim) sebelum masanya. Jadi, dalam kebanyakan kes, ia tidak akan menyebabkan keguguran atau kelahiran tidak cukup bulan.
  • Perubahan rasa susu - Hormon kehamilan menyebabkan pengurangan jumlah laktosa dalam susu yang dikeluarkan, manakala kandungan natrium meningkat; ini menjadikan rasa susu anda lebih masin, Si manja yang menyusu mungkin tidak suka rasa susu anda dan si manja anda akan bercerai susu secara semulajadi, tetapi ada kanakkanak kecil tidak menghiraukan perubahan rasa ini.
  • Cerai susu - Si manja anda mungkin berhenti menyusu sebelum adiknya lahir oleh sebab-sebab di atas, atau disebabkan oleh perut anda semakin membesar dan pangkuan anda yang semakin sempit menjadikan kedudukannya semasa menyusu menjadi kurang selesa.

Penyusuan bersama

Apabila bayi lahir, anda digalakkan untuk meneruskan penyusuan kedua-dua anak anda. Hal ini membolehkan kedua-duanya mendapat khasiat kebaikan daripada susu ibu. Anda boleh memilih sama ada untuk menyusu keduadua anak secara serentak atau berasingan pada waktu yang berlainan.
Secara umum, ia adalah selamat untuk menyusukan si manja semasa anda mengandung, tetapi anda perlu makan secara sihat dan minum air dengan secukupnya. Hal ini penting kerana anda perlu memastikan bayi dalam kandungan anda mendapat khasiat pemakanan yang secukupnya.

COPY PASTE DARI POSITIVE PARENTING..

Friday, March 22, 2013

Item baru akan datang..

Nantikan item baru..baju kanak2 yg comel & menarik..stok masih dlm proses..sy akan upload secepat yg mungkin...Juga boleh didapati di FB..

Bingkisan di hati PART 2

Assalamualaikum..ok..ari ni kita sambung kisah semalam tu ye..So pg ni sy pun follow up..call blh plak dia xingt, ingt order baru plak...alahai..ramai sgt ke pelanggannya..mgkn ramai pelanggan yg byk complain..xtaulah nk kata..bila sy ckp yg smlm dh byr tp order dicancel..brulah ingat..sy kata nk tnylah psl no.tarcking sbb yg dia bg tu xblh detect kat website pos laju..rp2nya dia xhtr lg barang..alahai..dh tau xhntr lg xpyhlah bg no tracking lg..dhlah bermslh blh plak bt mcm tu..sabar jelah...Dia ckp, try check mlm ni..

Syarikat dh bsr jgk tp byk mslh..sakit ati rsnya..bykkan brsbarlah jwbnya..Nantikan sambungannya ye... :)


Bingkisan di hati...

Assalamualaikum..Selamat mlm semua..Terima kasih pd yg sudi melawat blog ini..Minggu ini, dlm sejarah mcm2 berlaku..paling nyakitkan hati berkaitan pembelian online..Perlu org yg btul2 jujur jika hendak menjayakan sesuatu perniagaan..Pengalaman yg dirimba dr kecik di mana kebetulan ayah sendiri berkecimpung dlm bidang perniagaan selama hmpr 25 tahun..Bisnes niaga sate..Boleh promote sikit kat cni..hehe..Bolehlah sms sy kalau berminat untuk tempah..Ayah sy berniaga di sekitar Chenderong Balai..Teluk Intan Perak...

Berbalik pada kisah asal tadi..baru2 ni sy ada order barangan bayi,sbb tertarik yg jd terpikat ni..sy pun bayarlah secara online..mudah sebenarnya ape2 hal..sbb semua maklumat sudah tertera disitu..Sy order 18 hb, mlm..esoknya sy bt byaran pd petangnya..dia kt tempoh yg diberi 24 jam setelah order di buat..So ikutkan xsmpilglah kan 24 jam..Setelah sy transfer online sy pun emaillah maklumat yg diminta..lps tu....esoknya sy dpt email yg mengatakan status  order sy adalah cancel..sy pun blslah email tp fhm2 jelah respon by email so slow..bila kita bisnes yg mmg kita katakan guna email mmg kene alert..btl tak ?..Sy pun calllah no yg tertera..customer servisnya (perempuan ) pun angkatlah..bru nk tny dh kalut..dia duk suh email semula..senyap jgk..sy pun cbuk dgn benda lain..byk tanggungjwb lain lagi yg perlu di buat..Lps tu sy call semula..lelaki plak angkat..duk ckp nk cek nanti dia call balik..smpi nk hbs waktu kerja xcall2 pun..sy pun call semula..kiranya sabar jgklah kot..mmg pantang klau org niaga mcm ni..sy pun dh biase niaga dr kecik..kita perlu jujur klau btl2 nk niaga & kene pandai berbudi bahasa klau ada mslh ape2 dgn order yg org minta..

Then, call yg kali ke 3 ni, org yg pertama jwb panggilan phone mula2 td..dia duk suh email lg.sy pun jwblah..ok sy email..ntah brp kali sy email dh..lps tu mcm xtentu hala..sbut maaf pun tak..Lps tu sy pun kata xpelah..sy ingt nk call esok pg plak nk tau perkembangannya mcm mn..klau xsettle esok, mmg sy ingt nk bt report polis...Alih2 mlm ni dpt plak mes melalui email kt telah dipos..Boleh plak mcm tu..PELIK sy rs..Selepas tu Sebelum tu, sy ada cb lg bg mes melaui FB plak..mmg sy ckp klau xbg balik duit dlm ms 24 jam, report polis akan dibuat..

TO BE CONTINUE.......

Thursday, March 14, 2013

Cursor comel...

Assalamualaikum...terima kasih pd yg sudi melawat blog saya..saya nk kongsi ilmu sikit..Mesti anda pun dh jemu dengan cursor biase2 ni.....Anda semua boleh pilih cursor yg comel disini..selamat mencuba... :)

Caranya :

1) Pergi ke http://www.cursors-4u.com.

2) Pilih cursor dan copy kod

3) Pergi ke akaun blogger korang, klik Dashboard >> Design >> Add A Gadget >> HTML /  Javascript

4) Paste kod cursor tadi di ruangan HTML / Javascript

5) Klik Save dan lihat hasilnya .

Wednesday, March 13, 2013

Kemaskini.....

Assalamualaikum...kami masih dlm proses mengemaskini stok2 yg ada & akan cb upload dlm ms terdekat...Nantikan koleksi2 yg menarik..

Monday, March 11, 2013

Bisnes sudah bermula...

Alhamdullilah stok pakaian bundle untuk kanak-kanak telah sampai..akan diupdate secepat yang mungkin...hehe..harap-harap mendapat sokongan..Sebagai permulaan saya mencuba untuk menjual pakaian kanak-kanak dari koleksi bundle dahulu..Stok dari branded yg terpilih..saya cb pilih yang terbaik...Insyaallah stok pakaian baru (bkn bundle ye) jg akan diupload setelah stok sampai..

Tuesday, February 26, 2013

Bisnes online.....

Assalamualaikum....lama tidak menulis dalam blog ni..rs nak update blog..tapi masa tak banyak..dengan kelahiran anak sulung yg masih kecil, tumpuan perlu dibuat pada si kecil Nur Zara Syafiah Mohd Lukman...Bisnes online...sejak kebelakangan ini, ramai yang mula melibatkan diri dengan bisnes online..teringin rsnya nak join..hehe..tak tahulah dan ke tak..tapi jika berusaha Insyaallah, boleh lakukan...Apakah langkah pertama yang perlu dibuat...