:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Baby Zara E Shop ::

Urusniaga secara ONLINE sahaja

Sebarang pertanyaan, sila hubungi /
SMS / Whatsapp ke 019-5525849 (Nursyafazillah Mohd Salleh)


EMAIL : assyifa251086@gmail.com


All items are READY STOCK !!!!

SERIOUS BUYER only !!!!


* HARGA YG TERTERA ADALAH NORMAL PRICE..SETIAP PEMBELIAN AKAN MENDAPAT HARGA DISKAUN....CPT2 ORDER YE..

Thursday, December 17, 2009

Busy nye..

Assalamualaikum..lama tidak membuat sedikit coretan di ruang ini..bulan ni sgt2 busy..tension..smpi nk balik kg pun tak jadi..sedih sgt..Sy kene pandai atur mase..terlibat dengan persediaan conference madu pada tahun 2010..pada bulan Januari..Ya allah mmg penat..staf pun tak ramai..2 org pergi kursus..1 study..kesian tgk masing2..mcm2 hal nak dibereskan..minggu depan sy akan berada di Bukit Keluang..family day..harap dapat megurangkan tekanan yg ada..sy dh takut sakit mcm dulu lg..Hanya mampu menangis utk pulihkan diri..Semoga Allah sentiasa bersamaku


Chai yo..Syafa boleh buat..kuatkan semanagt dan tabahkan hati..semoga dapat pulih seperti sediakala..Alhamdullilah..

Sunday, November 1, 2009

BERTAFAKUR MERENUNG NIKMAT ALLAH..

Sebagai makhluk ciptaan Allah kita hendaklah sentiasa merenung, memerhati dan memikirkan tentang kurniaan nikmat Allah ke atas diri kita yang terlalu banyak dan tidak terhitung. Allah telah mengurniakan dengan berbagai-bagai nikmat antaranya, kesihatan, rezeki, keamanan dan nikmat yang paling besar ialah nikmat iman dan Islam. Lantaran itu sebagai manusia yang beriman(percaya) kepada Allah, kita hendaklah menzahirkan rasa syukur itu dengan mengerjakan amal soleh walau sekecil hama dan mengabdikan diri hanya kepadaNya sahaja. Kita tidak sepatutnya menjadi seorang hamba yang bongkak dan takbur dengan amalan kita.

Dengan yang demikian, ia akan menjadikan diri kita sentiasa bersyukur kepada Allah. Menjadikan diri kita sentiasa merasa tenang, aman dan damai. Di samping akan menguatkan lagi keimanan dan keyakinan terhadapNya. Firman Allah bermaksud,"Dan Dia telah memberikan kepadamu keperluanmu dari segala apa yang kamu mohon kepada Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)" (Ibrahim, 34).

Wednesday, October 28, 2009

Manisnya menjadi wanita.......

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari empat aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.
Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita Muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan ALLAH Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya tumbuhan yang kecil.

Tidakkah anda melihat betapa Islam telah meletakkan wanita pada kedudukan semanis-manisnya? Jika semua saranan Rasulullah ini dituruti ia cukup manis, semua yang bertentangan menjadikannya pahit bagai hempedu.

Kemanisan wanita akan hilang apabila apa yang dilakukannya bertentangan dengan kejadiannya yang asal. Seorang wanita menjadi kupu-kupu. Dia tidak pulang ke rumah sebaliknya bersidai di tempat yang tidak senonoh hingga larut malam. Apakah itu manis? Sudah tentu tidak, sebab tempat seorang wanita ialah di rumah tatkala malam telah melabuhkan tirainya. Sekiranya dia perlu berada di luar, dia berada di tempat yang selamat lagi munasabah. Misalnya berada di majlis ilmu, berada di tempat kerja dalam sif-sif tertentu, berada di tempat himpunan keluarga. Tetapi seandainya dia berada di tempat selain itu dia sudah tidak tergolong sebagai wanita manis.

Hati orang normal akan mengatakan hal ini benar, tetapi hati orang yang ‘sakit’ akan mengatakan ini salah.

Suatu ketika dulu, ada seorang gadis mendatangi Seorang alim... Dia mengadu betapa susahnya menjadi perempuan. Katanya, pergerakan perempuan terbatas. Semua yang dilakukan oleh perempuan menjadi perhatian.

Susah menjadi gadis sebab dia akan mengalami kesakitan-kesakitan berjadual. Alangkah mudahnya jika dia menjadi lelaki, dia akan bebas ke mana-mana saja tanpa sekatan.

Gadis ini beriya-iya mengatakan hidupnya akan lebih bermakna sekiranya dia dilahirkan sebagai lelaki.

Lalu orang alim itu pun memberi contoh kehidupan rama-rama. Katanya.. rama-rama selalu menyangka kehidupannya payah. Dia dilahirkan dalam bentuk pulpa. Terpaksa tinggal lama dalam kepompong. Kemudian apabila keluar dari kepompong dia terpaksa menjalani hidup sebagai ulat. Tatkala begini dia terdedah pada bahaya disambar burung. Manusia pun geli melihat ulat. Tetapi tatkala dia sudah menjadi rama-rama dia akan menghiurkan penglihatan sesiapa saja. Tatkala dia mengembangkan sayapnya semua akan terpukau kagum.

Alangkah manisnya kitaran hidup rama-rama sebab dia dilahirkan untuk mewarnai alam. Alam menjadi ceria dengan kehadiran rama-rama. Hampir semua orang akan terpukau melihat rama-rama. Manusia seganas mana pun akan berasa lunak melihat rama-rama.

Demikianlah wanita, dia warna alam yang cukup berharga dan dihargai. Tanpanya, dunia tidak akan semeriah ini. Setiap insan lahir dari manusia bernama wanita. Alangkah manisnya menjadi wanita sebab dia unsur terpenting dalam kewujudan alam ini sedemikian rupa.

Kalau kita hendak melihat keburukan bukan satu yang akan kita jumpa, kalau kita hendak mencari kebaikan dan keindahan bukan satu dua juga yang akan kita temui. Apa pun, ingatlah, “Barangsiapa yang tidak menyayangi, dia tidak akan disayangi.” (Muslim)

Tuesday, October 27, 2009

Mechanic VS Doctor..

Marvellous answer

A mechanic was removing the cylinder heads from the motor
of a car when he spotted the famous heart surgeon in his
shop, who was standing off to the side, waiting for the
service manager to come to take a look at his
car.

The mechanic shouted across the garage,"Hello Doctor!!
Please come over here for a minute."

The famous surgeon, a bit surprised, walked over to the
mechanic.

The mechanic straightened up,
wiped his hands on a rag and asked argumentatively, "So
doctor, look at this. I also open hearts, take valves out,
grind 'em, put in new parts, and when I finish this will
work as a new one. So how come you get the big money, when
you and me is doing basically the same work?
"

The doctor leaned over and whispered to the
mechanic....

Try
operating while the engine is running.....

Tuesday, August 25, 2009

Selesai..pembacaan sebuah novel..



Assalamualaikum..akhirnya selesai ana membaca sebuah novel bertajuk Munajat Cinta, penulisan Taufiqurrahim al-Azizy..penulis yang berasal dari Indonesia. Sebuah buku yang patut di baca..Sebuah buku berkisar tentang perjalanan kehidupan seorang gadis yang bernama Ruwayda..Ruwayda, seorang gadis yang dikurniakan dengan kecerdasan istimewa, lahir dari keluarga yang kaya, tiba-tiba perlu berhadapan dengan kenyataan pahit yang menimpa keluarganya. Ayahnya bankrap! Cita-citanya mahu menjadi mahasiswi terkandas. Hampir setiap hari ibu bapanya bertengkar kerana hutang. Jiwa Ruwayda goncang. Kebankrapan memporak-perandakan keharmonian cinta ayah dan ibunya.
Di atas tanah perkuburan Paponan di daerah Parakan, Ruwayda berada pada tahap jiwa yang kritikal! Antara menjadi pelacur supaya mendapat wang cepat atau mengakhiri hidup yang penuh sengsara. Hilang pesona imannya sebagai muslimah gara-gara belenggu wang, cinta, harga diri dan kebahagiaan.
Novel Islami ini penuh dengan pergolakan jati diri seorang gadis yang mencari jalan hidup, cinta, dan imannya. Sebuah novel yang penuh plot, ketegangan, getaran, kasih sayang, sekali gus air mata….

TAZKIRAH 8 -KECANTIKKAN..

Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.



* NUKILAN DARI SEORANG TEMAN..

Sunday, August 2, 2009

JOM BACA LAWAK NI....

1. Salah naik bas

Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas dan duduk di sebelahnya seorang nenek. Si nenak memandangnya dari atas ke bawah, lalu berkata,

"Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka!"

Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berhenti!. Salah naik bas."



2.Cara jawab telefon
"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

Friday, July 10, 2009

A LOVELY MESSAGE

A boy was born to a couple after eleven years of marriage. They were a loving couple and the boy was the gem of their eyes. When the boy was around two years old, one morning the husband saw a medicine bottle open. He was late for office so he asked his wife to cap the bottle and keep it in the cupboard. His wife, preoccupied in the kitchen totally forgot the matter.

The boy saw the bottle and playfully went to the bottle fascinated by its color and drank it all. It happened to be a poisonous medicine meant for adults in small dosages. When the child collapsed the mother hurried him to the hospital, where he died. The mother was stunned. She was terrified how to face her husband.

When the distraught father came to the hospital and saw the dead child, he looked at his wife and uttered just five words.

QUESTIONS
:
1. What were the five words ?
2. What is the implication of this story?


Scroll down to read... .







ANSWER :

The husband just said "I am with you Darling"

The husband's totally unexpected reaction is a proactive behavior.
The child is dead. He can never be brought back to life. There is no point in finding fault with the mother.
Besides, if only he had taken time to keep the bottle away, this would not have happened.
No one is to be blamed. She had also lost her only child.. What she needed at that moment was consolation and sympathy from the husband. That is what he gave her.

If everyone can look at life with this kind of perspective, there would be much fewer problems in the world. "
A journey of a thousand miles begins with a single step.
Take off all your envies, jealousies,unforgiv eness, selfishness, and fears . And you will find things are actually not as difficult as you Think.

MORAL OF THE STORY
This story is really worth reading. .....
Sometimes we spend time in asking who is responsible or whom to blame, whether in a relationship, in a job or with the people we know. By this way we miss out something.


* KIRIMAN DARI SEORANG TEMAN

HUMOR NABI...

Diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud, Rasul pernah bersabda,"Aku mengetahui orang yang paling akhir keluar dari neraka dan yang paling akhir memasuki syurga. Dia keluar dari api neraka sambil merangkak".

Allah SWT lalu berkata,"Pergi dan masuklah ke dalam syurga". Orang itu merangkak mendekati syurga. Terbayang olehnya, tentulah syurga itu telah penuh. Maka ia kembali seraya berkata,"Ya Tuhan, aku dapati syurga penuh sesak". Allah mengulangi titahNya,"Pergi dan masuklah ke dalam syurga". Orang itu sekali lagi mndekati syurga. Sekali lagi pula terbayang padanya, mestilah syurga itu telah penuh sesak. Ia sekali lagi berkata,"Ya Tuhan, aku dapati syurga penuh sesak".

Kemudian Allah SWT bertitah,"Pergi dan masuklah ke dalam syurga dan bagianmu seluas sepuluh kali bumi".

Mendengar titah Allah tersebut,orang itu berkata,"Ya Tuhan, apakah Engkau mengejek dan menertawakan aku, sedang Engkau adalah Maha Raja?".

Aku melihat Rasulullah SAW kemudian tertawa sehingga terlihat gigi geraham beliau, sambil berkata,"Itu adalah kedudukan yang paling rendah bagi penghuni syurga". (Muttafaqun Alaih).

* Kiriman dari seorang teman..

PENCARIAN SEBUAH BUKU..

Assalamualaikum...hari ni ana memang rasa kelam kabut..rupa2nya ana dah salah mohon cuti..ana ingat pendaftaran adik ana 28 hb Julai..rupanya 21 hb Julai...Setelah pujuk Bos, baru bos bagi tukar..lagipun masa tu tiada staf yang bercuti..Denda yang dikenakan untuk penukaran tiket adalah sebanyak RM 4.60. Setelah setttle semua ni, ana mulakan pencarian buku penulisan Hasrizal Abdul Jamil @ lebih dikenali di dalam blognya saifulislam.com.

First kedai yang ana pegi adalah Syarikat Osman Muda, maaf kalau salah nama..mereka kata baru je habis..mereka ada buat promosi pada minggu lepas..Ana pergi tanya lagi pada sebuah kedai yang bersebelahan, mereka kata tiada..na dah lama sangat cari bukunya..

Ana pergi pula kedai yang ketiga Kedai Buku Banggol..kalau tak silap namanya..mula2 ana ingat xde..jenuh penjaga kedai cari..ana pula tak catat penerbitannya..cari punya cari, akhirnya jumpa..ana belilah bukunya yang bertajuk RINDU BAU POHON TIN..AKU TERIMA NIKAHNYA..Dah habis..BERCINTA SAMPAI KE SYURGA YANG ADA..TAK CUKUP DUIT PULA NAK BELI..:).Kalau ada rezeki ana nak beli gaji nanti..takut dah habis stok..

PADAHAL BYK DAH BUKU YANG DIBELI TP TAK BACA LAGI..TAK BOLEH TGK BUKU LANGSUNG..MESTI TERSANGKUT..

Wednesday, July 8, 2009

MY DADDY

HOW A SON/DAUGHTER THINKS OF HIS/HER DADDY AT DIFFERENT AGES:



At 4 Years
My daddy is great.


At 6 Years
My daddy knows everybody.


At 10 Years
My daddy is good but is short tempered


At 12 Years
My daddy was very nice to me when I was young.


At 14 Years
My daddy is getting fastidious.


At 16 Years
My daddy is not in line with the current times.


At 18 Years
My daddy is becoming increasingly cranky.


At 20 Years
Oh! Its becoming difficult to tolerate daddy. Wonder how Mother puts up with him.


At 25 Years
Daddy is objecting to everything.


At 30 Years
It's becoming difficult to manage my son. I was so scared of my father when I was young.


At 40 Years
Daddy brought me up with so much discipline. Even I should do the same.


At 45 Years
I am baffled as to how my daddy brought us up.


At 50 Years
My daddy faced so many hardships to bring us up. I am unable to manage a single son.



At 55 Years
My daddy was so far sighted and planned so many things for us. He is one of his kind and unique.


At 60 Years
My daddy is great.



Thus, it took 56 years to complete the cycle and come back to the 1st. stage. Realize the true value of your parents before it’s too late.

SEBUAH KISAH TELADAN...

KISAH BENAR - WASIAT BUAT ISTERI TERSAYANG.....

Semoga cerita ini dapat kita ambil sebagai pengajaran. InsyaAllah.Buat
semua,pada yang dah berkahwin,baru nak kawin ataupun akan kawin nanti,kisah
nie biarlah tersemat didalam jiwa...

Kira-Kira 15 hari yang lalu, seorang hamba Allah (si A),telah pun kembali ke
rahmatullah secara mengejut (kerana sakit jantung).Allahyarham adalah
merupakan seorang yang amat dihormati dan disegani di kampung beliau. Semasa
jenazah Allahyarham diletakkan di ruang tamu rumahnya sementara menunggu
untuk diuruskan oleh saudara mara dan sahabat handai, isteri Allahyarham
tidak berhenti-henti meratapi jenazahnya sambil merungut-rungut.

Si penulis (penulis asal cerita ini) yang kebetulan anak saudara
Allahyarham, ada di sebelah balu Allahyarham pada ketika itu.Beliau merasa
amat hairan dengan sikap balu arwah itu. Si balu sepatutnya membaca
ayat-ayat suci al-Quran untuk dihadiahkan kepada arwah..Kira-kira 10 minit
kemudian, kakak ipar arwah (kakak balunya)pun sampai.

Beliau turut merasa hairan dengan sikap adiknya yang meratapi dan merungut
itu, lantas beliau melarang adiknya berbuat demikian sambil bertanya akan
sebabnya.

Penulis yang masih berada disitu merasa amat terkejut apabila mendengar
jawapan yang diberikan oleh balu Allahyarham itu.Antara jawapannya ialah:
Suaminya tidak membuat surat wasiat (yang sebenarnya ada).Tanah pusaka milik
suaminya tidak sempat ditukarkan ke nama beliau dan anak-anaknya.Suaminya
tidak sempat memindahkan saham syarikat suaminya bersama-sama adik-adiknya
kepada beliau (Allahyarham memegang saham sebanyak 50% dan 5 orang
adik-adiknya memegang 10% setiap seorang).

Untuk makluman, arwah adalah seorang yang agak berjaya dalam perniagaannya.
Syarikat yang diuruskan oleh arwah sangat maju dewasa ini.Di samping itu,
arwah memiliki kira-kira 12 ekar tanah dipinggir Putra Jaya dan kira-kira 50
ekar di sekitar kawasan Sepang/Dengkil.


Setelah seminggu arwah dikebumikan, peguam arwah memanggil waris-warisnya
untuk dibacakan surat wasiat arwah. Penulis juga turut dipanggil tanpa
mengetahui akan sebabnya. Allahyarham mempunyai 4 orang anak, yang sulong
masih lagi bersekolah di tingkatan 4 manakala yang bongsunya berusia 6
tahun.

Antara kandungan surat wasiat Allahyarham ialah: 30% syer perniagaannya
diserahkan kepada anak saudara perempuannya yang juga ahli perniagaan,dan
20% lagi diagihkan sama rata kepada anak-anaknya dengan anak saudara
perempuannya sebagai pemegang amanah.

Tanah pusakanya seluas 10 ekar di pinggir Putra Jaya dibahagikan sama rata
kepada anak-anak perempuannya (2 orang) dan 2 ekar untuk anak saudara
lelakinya yang juga pemegang amanah untuk anak-anak perempuannya.

Anak-anak lelakinya yang berumur 14 dan 10 tahun, diberikan tanah 15 ekar
seorang dengan saudara lelakinya sebagai pemegang amanah.Saham-sahamnya
diserahkan kepada anak-anaknya dan dibahagikan mengikut hukum syarak, dan
diuruskan oleh saudara perempuannya yang diberi 20%.

Wang tunainya di bank (persendirian diamanahkan kepada kakaknya untuk
menampung pembiayaan anak-anaknya jika isterinya tidak berkahwin lagi.

Jika isterinya berkahwin lagi, beliau meminta peguamnya meminta mahkamah
memberikan hak penjagaan anak-anaknya kepada kakaknya. Rumah dan tapak
rumahnya diwakafkan untuk anak-anak yatim Islam dan sebuah surau,dan
hendaklah diserahkan kepada Majlis Agama Islam . Harta-hartanya yang lain
iaitu 2 buah kereta diberikan kepada adik lelakinya yang ketiga dan kelima;
manakala baki tanah 20 ekar dibahagikan sama rata kepada adik-adik dan
kakaknya.

Setelah selesai wasiat tersebut dibaca, isterinya membantah keras kerana
tiada satu pun harta yang diserahkan kepadanya melainkan sebuah proton saga
yang tidak dimasukkan dalam wasiat tersebut (yang memang digunakan oleh
isterinya).

Belum sempat isterinya terus membantah, peguam Allahyarham membacakan satu
kenyataan mengenai isterinya yang terkandung dalam wasiat itu.


"Isteriku tidak akan kuberikan apa-apa kecuali pengampunan.Terlalu banyak
dosanya kepadaku. Maka pengampunan adalah hadiah yang paling berharga."

"Tidak pernah aku merasa masakannya sejak mula berkahwin walaupun pernah aku
suarakan. Tiada belas kasihan terhadap aku, baik semasa sakit apatah lagi
jika aku sihat."

"Herdik dan tengking kepada aku dan anak-anak adalah lumrah. Keluar rumah
tidak pernah meminta kebenaran daripada aku. Makan dan minum anak-anak
adalah tanggungjawab bibik (pembantu rumah).Kain bajuku tidak pernah
diuruskan, dan yang paling menyedihkan, tiada mahunya dia mendengar
pandangan dan nasihatku untuk kesejahteraan rumahtangga."


"Kebahagiaan aku selama ini hanya dengan amalanku,tugas
seharianku,anak-anakku dan adik-beradikku, terutama kakakku (yang sebagai
pengganti ibu)."

Selepas peguam Allahyarham membacakan kenyataan itu,barulah penulis faham
mengapa balu Allahyarham begitu meratap dan merungut semasa berada disisi
jenazahnya. Marilah kita renungi bersama.Semoga dengan apa yang terjadi di
atas,akan memberikan satu pengajaran yang berguna kepada kita sebagai umat
Islam

-she should be thankful...... she got the forgiveness from her husband-

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..!


*sebuah kisah kiriman dr seorang teman..

LELAKI SEJATI

Bercakap tentang lelaki semua wanita mempunyai impian mengenai lelaki idaman. Namun sejauh manakah kita berpuas hati dengan apa yang kita miliki. Siapa pun pasangan kita, dia adalah terbaik selagi kita tahu menghargainya..Seorang gadis telah bertanya dengan ibunya mengenai lelaki sejati..

Aku bertanya pada ibuku, bagaimanakah lelaki sejati itu..?
Ibu menjawab, Nak... Lelaki sejati itu bukanlah dilihat daripada bahu yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang sekitarnya...Lelaki sejati bukan dilihat dari suaranya yang lantang tetapi kelembutannya menyatakan kebenaran.. Lelaki sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dilihat dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...Lelaki sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia dihormati di tempat bekerja tetapi bagaimana dia dihormati di dalam rumah..Lelaki sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan..Lelaki sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada di balik itu.. Lelaki sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya..Lelaki sejati bukanlah dilihat dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi liku-liku kehidupan... Lelaki sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang dia baca..

Sesungguhnya setiap yang berlaku itu adalah di bawah penguasaan ALLAH.. Kita sebagai hamba hanya mampu merancang sebaliknya DIA yang menentukan..Berdoalah kepada ALLAH agar pasangan kita adalah lelaki sejati seperti ini..Semoga sentiasa di dalam rahmat dan kasih sayangNya...

Sekadar perkongsian..

* kiriman dr seorg teman

Monday, July 6, 2009

MY PICTURE

FANATIK KERJA..

Assalamualaikum..byk krja yg perlu dibuat..masing-masing telah diberikan tugasan..bersempena dgn AUDIT..kerja ana sbg Medical Teknologist di Makmal Farmakologi memang agk mencabar..kami byk berdepan dgn chemical..tp ana memang enjoy dgn kerja ana sekarang..Alhamdullilah sejak memiliki kereta, kerja menjadi mudah..ana tak suka duduk diam..ana lebih suka lagi busy..tp bila dah busy jd tesion sgt pula..bdn pun jd letih sgt..bila dh penat bdn pun jd tak tentu hala..smpi sesak nafas jdnya..takut..apa2 hal family jauh..semoga bdn dpt terus bertahan..seperti dialog cerita INTAN..'TERUS SEMANGAT' :)

* JGN LAKUKAN KERJA SEHINGGA MEMUDARATKAN DIRI SENDIRI..

Tuesday, June 30, 2009

TAZKIRAH 7

RENUNGAN..

50 tahun kita tertidur????

1 hari 24 jam
Satu TAHUN ?
12 Bulan
52 Minggu
365 Hari
8760 Jam
525600 Minit
31536000 Detik

Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun)
<> 70th
60th - 70th
(65th)
Chart
Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th
"Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia"
Laki-laki Baligh ± 15 tahun
Wanita Baligh ± 12 tahun
Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:

Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun

50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:


50 tahun=18250 hari=458000 jam
12 jam siang hari
12 jam malam hari
24 jam satu hari satu malam


Gambaran kasarnya:
Mari kita muhasabah bersama..... ....!


Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ;
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam=46000 jam=6 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun
Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ...

Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam
Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam = 19000 jam = 5 tahun
Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi.

Waktu rehat ± 4 jam
Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam = 3000 jam = tahun
Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ...


17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah???
Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU".
Maut datang menjemput tak pernah bersahut,
Malaikat datang menuntut untuk merenggut,
Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka,
Terimalah habuanmu seadanya..
Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar...
Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya.
" Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya "

Lalu Bila Nak Beribadah???
Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... !
Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga...
Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!?

Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun???
1 solat = 10 minit ..... 5x solat = 1 jam
Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat =8250 hari x I jam 250 jam= tahun

Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat (ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orang tua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa...

Logiknya:
Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... .......

Penyelesaian:
Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!!
Ingatlah negeri kita...Akhirat

* Disendkan oleh teman..

Mengapa Cepat Melenting ?

MENURUT seorang pakar psikologi, Dr.Jerry Deffenbacher, ada orang lebih mudah melenting atau 'panas baran', dan ada pula yang tidak menunjukkan kemarahan secara fizikal, sebaliknya menyembunyikan perasaan mereka.

Orang yang panas baran biasanya mengalami daya ketahanan yang rendah terhadap sesuatu situasi. Dia mudah kecewa, mudah berasa gusar,tidak selesa, tidak boleh 'diusik', tidak boleh ditegur, dan akan melakukan sesuatu yang dluar jangkaan. Mengapakah ini terjadi?

Ada banyak faktor yang terlibat dan salah satu daripadanya ialah genetik atau fisiologi. Terdapat bukti bahawa ada bayi yang dilahirkan dalam keadaan mudah mengalami kerengsaan, sering merengek, mudah bebal, dan cerewet. Ini adalah tanda awal yang dapat dilihat.

Satu lagi faktor ialah sosiobudaya. Adakalanya kita diajar bahawa perasaan seperti kecewa atau emosi lain boleh diluahkan, tetapi bukan marah. Ini bermakna kita hendaklah 'menahan' marah, dan jangan meluahkannya. Akibatnya, kita tidak tahu cara untuk mengendalikannya dengan betul.

Selain itu, kajian juga mendapati latar belakang keluarga memain peranan. Lazimnya, orang yang cepat melenting berasal daripada keluarga yang kucar-kacir dan tidak saling berkomunikasi sesama sendiri.

* Copy paste dari email pemberian seorang teman..

Monday, June 22, 2009

HAPPY FATHER'S DAY

kisah seorang bapa



Suatu ketika, ada seorang anak perempuan yang bertanya kepada
ayahnya, tatkala tanpa sengaja dia melihat ayahnya sedang mengusap
wajahnya yang mulai berkerut-merut dengan badannya yang
terbongkok-bongkok, disertai suara batuk-batuknya.

Anak perempuan itu bertanya pada ayahnya : "Ayah, mengapa wajah ayah kian
berkerut-merut dengan badan ayah yang kian hari kian membongkok ?"
Demikian pertanyaannya, ketika ayahnya sedang berehat di beranda.

Si ayah menjawab : "Sebab aku lelaki."

Anak perempuan itu berkata sendirian : "Aku tidak mengerti"…

Dengan kerut-kening kerana jawapan ayahnya membuatnya termenung rasa kebingungan.

Ayah hanya tersenyum, lalu dibelainya rambut anaknya itu, terus menepuk-nepuk bahunya, kemudian si ayah mengatakan : "Anakku, kamu memang belum mengerti tentang lelaki." Demikian bisik Si ayah, yang membuat anaknya itu bertambah kebingungan.

Kerana perasaan ingin
tahu, kemudian si anak itu mendapatkan ibunya lalu bertanya kepada
ibunya : "Ibu, mengapa wajah Ayah jadi berkerut-merut dan badannya kian
hari kian membongkok? Dan sepertinya ayah menjadi demikian tanpa ada
keluhan dan rasa sakit ?"

Ibunya menjawab : "Anakku, jika seorang lelaki yang benar-benar bertanggungjawab terhadap keluarga itu memang akan demikian."

Hanya
itu jawapan si ibu. Si anak itupun kemudian membesar dan menjadi
dewasa, tetapi dia tetap juga masih tercari-cari jawapan, mengapa wajah
ayahnya yang tampan menjadi berkerut-merut dan badannya menjadi
membongkok?

Hingga pada suatu malam, dia bermimpi. Di dalam
impian itu seolah-olah dia mendengar suara yang sangat lembut, namun
jelas sekali. Dan kata-kata yang terdengar dengan jelas itu ternyata
suatu rangkaian kalimah sebagai jawapan rasa kebingungannya selama ini.



"Saat Ku-ciptakan lelaki, aku membuatnya sebagai pemimpin keluarga serta
sebagai tiang penyangga dari bangunan keluarga, dia senantiasa akan
berusaha untuk menahan setiap hujungnya, agar keluarganya merasa aman,
teduh dan terlindung."



"Ku ciptakan bahunya yang kuat dan
berotot untuk membanting-tulang menghidupi seluruh keluarganya dan
kegagahannya harus cukup kuat pula untuk melindungi seluruh
keluarganya."



"Ku berikan kemahuan padanya agar selalu berusaha
mencari sesuap nasi yang berasal dari titisan keringatnya sendiri yang
halal dan bersih, agar keluarganya tidak terlantar, walaupun seringkali
dia mendapat cercaan dari anak-anaknya".



"Ku berikan keperkasaan
dan mental baja yang akan membuat dirinya pantang menyerah, demi
keluarganya dia merelakan kulitnya tersengat panasnya matahari, demi
keluarganya dia merelakan badannya berbasah kuyup kedinginan dan
kesejukan kerana tersiram hujan dan dihembus angin, dia relakan tenaga
perkasanya dicurahkan demi keluarganya, dan yang selalu dia ingat,
adalah disaat semua orang menanti kedatangannya dengan mengharapkan
hasil dari jerih-payahnya."



"Kuberikan kesabaran, ketekunan
serta kesungguhan yang akan membuat dirinya selalu berusaha merawat dan
membimbing keluarganya tanpa adanya keluh kesah, walaupun disetiap
perjalanan hidupnya keletihan dan kesakitan kerapkali menyerangnya".



"Ku berikan perasaan cekal dan gigih untuk berusaha berjuang demi mencintai
dan mengasihi keluarganya, didalam suasana dan situasi apapun juga,
walaupun tidaklah jarang anak-anaknya melukai perasaannya, melukai
hatinya.

Padahal perasaannya itu pula yang telah memberikan
perlindungan rasa aman pada saat dimana anak-anaknya tertidur lelap.
Serta sentuhan perasaannya itulah yang memberikan kenyamanan bila saat
dia sedang menepuk-nepuk bahu anak-anaknya agar selalu saling
menyayangi dan saling mengasihi sesama saudara."



"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya untuk memberikan pengertian dan
kesedaran terhadap anak-anaknya tentang saat kini dan saat mendatang,
walaupun seringkali ditentang bahkan dikotak-katikkan oleh
anak-anaknya."



"Ku berikan kebijaksanaan dan kemampuan padanya
untuk memberikan pengetahuan dan menyedarkan, bahawa isteri yang baik
adalah isteri yang setia terhadap suaminya, isteri yang baik adalah
isteri yang senantiasa menemani, dan bersama-sama menghadapi perjalanan
hidup baik suka mahupun duka, walaupun seringkali kebijaksanaannya itu
akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada isteri, agar tetap
berdiri, bertahan, sepadan dan saling melengkapi serta saling
menyayangi."



"Ku berikan kerutan diwajahnya agar menjadi bukti,
bahawa lelaki itu senantiasa berusaha sekuat daya fikirnya untuk
mencari dan menemukan cara agar keluarganya dapat hidup didalam
keluarga bahagia dan badannya yang terbongkok agar dapat membuktikan,
bahawa sebagai lelaki yang bertanggungjawab terhadap seluruh
keluarganya, senantiasa berusaha mencurahkan sekuat tenaga serta
segenap perasaannya, kekuatannya, kesungguhannya demi kelanjutan hidup keluarganya."



"Ku berikan kepada lelaki tanggungjawab penuh
sebagai pemimpin keluarga, sebagai tiang penyangga ( seri / penyokong
), agar dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya. Dan hanya inilah
kelebihan yang dimiliki oleh lelaki, walaupun sebenarnya tanggungjawab
ini adalah amanah di dunia dan akhirat."



Terkejut si anak dari
tidurnya dan segera dia berlari, berlutut dan berdoa hingga menjelang
subuh. Setelah itu dia hampiri bilik ayahnya yang sedang berdoa, ketika
ayahnya berdiri si anak itu menggenggam dan mencium telapak tangan
ayahnya.

"Aku mendengar dan merasakan bebanmu, ayah."



Happy Father's Day to all great fathers!!!

* Diforward oleh kwn..

TAZKIRAH 6 : MENCARI KEBAHAGIAAN

Salah satu kebahagiaan adalah ketika melihat orang yang kita cintai bahagia. Kebahagiaan jenis ini tingkatnya lebih tinggi dari kebahagiaan yang bersifat individual. Boleh jadi, ini masuk dalam kategori kebahagiaan sosial.

Tidak mudah untuk memperoleh kebahagiaan jenis ini. Apalagi bagi mereka yang bersifat egois. Semua kebahagiaannya diukur dari kebahagiaan diri sendiri. Orang yang demikian adalah tipikal 'pemburu kebahagiaan,' yang justeru tidak pernah menemui kebahagiaan.

Berumah tangga adalah sebuah cara untuk memperoleh kebahagiaan, dengan cara membahagiakan pasangan kita. Isteri atau suami. Mampukah itu terjadi? Mampu, ketika berumah tangga dengan berbekal cinta. Bukan sekadar berburu cinta. Apakah ada bezanya?

Berbekal cinta, bererti kita mencintai pasangan kita. Ingin memberikan sesuatu kepada pasangan agar ia merasa bahagia. Sedangkan berburu cinta, bererti kita menginginkan untuk dicintai. Menginginkan sesuatu dari pasangan kita, sehingga kita merasa bahagia.

Menurut anda, manakah yang lebih baik? Mengejar cinta atau memberikan cinta? Mengejar kebahagiaan ataukah memberikan kebahagiaan? Mengejar kepuasan ataukah memberikan kepuasan? Mana yang bakal membahagiakan, yang pertama ataukah yang kedua?

Ternyata, yang kedua. Mengejar cinta hanya akan mendorong anda untuk berburu sesuatu yang tidak pasti. Yang tidak pernah anda raih. Kerana, keinginan adalah sesuatu yang tidak pernah ada habisnya. Apalagi keserakahan.

Hari ini anda merasa memperoleh cinta dari pasangan anda, maka berikutnya anda akan merasa tidak puas. Dan ingin memperoleh yang lebih dari itu. Sudah memperoleh lagi, berikutnya anda akan ingin lebih lagi.

Ini hampir tak ada bezanya dengan ingin mengejar kesenangan dengan cara memiliki kereta atau rumah. Ketika kita masih miskin, kita mengira akan senang memiliki motorsikal berharga 2-3 ribu ringgit. Kita berusaha mengejarnya. Lantas memperolehnya. Dan kita memang senang.

Tapi, tak berapa lama kemudian, kita menginginkan untuk memiliki kereta yang berharga puluhan ribu. Motorsikal yang telah kita miliki itu tidak lagi menyenangkan, atau apalagi membahagiakan.

Benak kita terus menerus terisi oleh bayangan betapa senangnya memiliki kereta berharga puluhan ribu. Jika kemudian kita MAMPU memenuhi keinginan itu, kita pun merasa senang. Tetapi, ternyata itu tidak lama.
Benak kita bakal segera terisi oleh bayangan-bayangan, betapa senangnya memiliki kereta yang lebih besar dan harganya lebih juga ya. Begitulah seterusnya. Cuba rasakan hal ini dalam kehidupan anda, maka anda akan merasakan dan membenarkannya.

Kesenangan dan kebahagiaan itu bukan anda peroleh dengan cara mengejarnya, melainkan dengan cara merasakan apa yang sudah anda miliki. Dan jika anda mensyukurinya, maka kebahagiaan itu akan datang dengan sendirinya pada perubahan yang datang berikutnya.

Anda tidak perlu mengejar kebahagiaan, kerana anda sudah menggenggamnya. Yang perlu anda lakukan sebenarnya adalah memberikan perhatian kepada apa yang sudah anda miliki. Bukan melihat dan mengejar sesuatu yang belum anda punyai. Semakin anda memberikan perhatian kepada apa yang telah anda miliki, maka semakin terasa nikmatnya memiliki. Jadi, kuncinya bukan mengejar, melainkan memberi. Demikian pula dalam berumah tangga. Jika kita ingin memperoleh kebahagiaan, caranya bukan dengan mengejar kebahagiaan itu. Melainkan dengan memberikan kebahagiaan kepada pasangan kita. Bukan mengejar cinta, melainkan memberikan cinta. Bukan mengejar kepuasan, melainkan memberikan kepuasan.

Maka anda bakal memperoleh kebahagiaan itu dari dua arah. Yang pertama, anda akan memperolehnya dari pasangan anda. Kerana merasa dibahagiakan, ia akan membalas memberikan kebahagiaan. Yang kedua, kebahagiaan itu bakal muncul dari dalam diri anda sendiri. Ketika kita berhasil memberikan kepuasan kepada pasangan kita, maka kita bakal merasa puas. Ketika berhasil memberikan kesenangan kepada partner kita, maka kita pun merasa senang. Dan ketika kita berhasil memberikan kebahagiaan kepada isteri atau suami kita, maka kita pun merasa bahagia.

Ini, nikmatnya bukan main. Jumlah dan kualitinya terserah pada anda. Ingin lebih bahagia, maka bahagiakanlah pasangan anda. Ingin lebih senang, maka senangkanlah pasangan anda lebih banyak lagi. Terserah anda, minta kesenangan, kepuasan, ataupun kebahagiaan sebesar apa. Kerana kuncinya ada di tangan anda sendiri. Semakin banyak memberi semakin nikmat rasanya.

Anda yang terbiasa egois dan mengukur kebahagiaan dari kesenangan peribadi, akan perlu waktu untuk menyelami dan merenungkan kalimat-kalimat di atas.

Contoh yang lebih konkrit adalah perkahwinan dengan cinta yang bertepuk sebelah tangan. Perkahwinan semacam ini sungguh membuat menderita pihak yang tidak mencintai. Padahal ia dicintai. Segala keperluannya dipenuhi oleh pasangannya. Katakanlah ia pihak wanita. Segala keperluan sang wanita selalu dipenuhi oleh suaminya. Rumah ada. Kereta tersedia. Pakaian, perhiasan, dan segala keperluan semuanya tercukupi. Tetapi ia tidak pernah merasa bahagia. Kenapa? Kerana tidak ada cinta di hatinya.

Sebaliknya, sang suami merasa bahagia, kerana ia mencintai isterinya. Ia merasa senang dan puas ketika mapu membelikan rumah. Ia juga merasa senang dan puas ketika mampu membelikan kereta.

Dan ia senang serta puas ketika mampu memenuhi segala keperluan isteri yang dicintainya itu. Semakin cinta ia, dan semakin banyak ia memberikan kepada isterinya, maka semakin bahagialah sang suami. Kalau ia benar-benar cinta kepada isterinya, maka ukuran kebahagiaannya berada pada kebahagiaan si isteri. Jika isterinya bahagia, ia pun merasa bahagia. Jika isterinya menderita, maka ia pun merasa menderita.

Akan berbeza halnya, jika si suami tidak mencintai isteri. Ia sekadar menuntut isterinya agar mencintainya. Memberikan kesenangan, kepuasan dan kebahagiaan kepadanya. Ketika semua itu tidak sesuai dengan keinginannya, maka ia bakal selalu merasa tidak bahagia.

Sebaliknya, jika isteri tersebut kemudian mampu mencintai suaminya – kerana kebaikan yang diberikan terus menerus kepadanya - maka si isteri itu juga bakal memperoleh kebahagiaan kerananya.

Pelayanan yang tadinya dilakukan dengan terpaksa terhadap suaminya, kini berganti dengan rasa ikhlas dan cinta. Tiba-tiba saja dia merasakan kenikmatan dan kebahagiaan yang tiada terkira.

Kalau dulu ia memasakkan suami dengan rasa enggan dan terpaksa, misalnya, kini ia melakukan dengan senang hati dan berbunga-bunga. Kalau dulu ia merasa tersiksa ketika melayani suami di tempat tidur, kini ia merasakan cinta yang membara.

Ya, tiba-tiba saja semuanya jadi terasa berbeza. Penuh nikmat dan bahagia. Padahal seluruh aktiviti yang dia lakukan sama saja. Apakah yang membezakannya? Rasa cinta!

Ketika 'berbekal cinta', semakin banyak ia memberi, semakin banyak pula rasa bahagia yang diperolehnya. Hal ini memberikan gambaran kepada kita bahwa yang bahagia itu sebenarnya bukanlah orang yang dicintai, melainkan orang yang mencintai. Orang yang sedang jatuh cinta...

Kerana itu keliru kalau kita ingin dicintai. Yang harus kita lakukan adalah mencintai pasangan. Semakin besar cinta kita kepadanya, semakin bahagia pula kita kerananya. Dan yang ke dua, semakin banyak kita memberi untuk kebahagiaan dia, maka semakin bahagialah kita....

Begitulah mestinya rumah tangga kita. Bukan saling menuntut untuk dibahagiakan, melainkan saling memberi untuk membahagiakan. Kerana di situlah kunci kebahagiaan yang sebenar-benarnya memberikan kebahagiaan.

* Diforwardkan oleh kwn..

Thursday, June 18, 2009

TAZKIRAH 5

Tercatat di dalam sejarah, generasi cinta mati.....

1. Khalid ibnu Waled semasa menulis surat kepada panglima perang Rome dan Parsi akan mengakhiri warkahnya: (sesudah mengajak
kepada Islam dan perdamaian) dengan kata2:"Dan kalau tidak, aku akan memanahmu dengan tentera yang mencintai mati sebagaimana
kamu mencintai hidup".

2. Ketika Saidina Ali ditikam, beliau berkata,"Aku beruntung demi tuhan Kaabah".

3. Semasa Bilal menghadaPI KEmatian, isterinya berkata,"Alangkah sedihnya....". Sebaliknya Bilal berkata,"Tidak, melainkan aku
gembira. Aku akan menemui orang2 yang aku cintai, Muhammad SAW dan sahabat2nya".

4. Junjungan Besar Nabi SAW bersabda,"Siapa yang cinta untuk menemui Allah, nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya".
(HR Bukhari & Muslim).

5. Junjungan Besar Nabi SAW diberi pilihan antara menemui Tuhannya atau tinggal tetap di bumi/dunia, maka baginda memilih
"Teman Daerah Tinggi (Allah)", yakni dengan melalui proses kemtian/kewafatan. Justeru, tidak hairanlah kiranya Rasulullah
bersabda,"Hadiah orng mukmin adalah mati"(Kitab Mukasyafah al-Qulub).


Di forward oleh kwn ke email...

Sunday, June 14, 2009

MUKJIZAT CINTA


Assalamualaikum..kisah ini mengisahkan sebuah pencintaan yang syahdu dan berlandaskan agama. Ia setanding dengan ayat-ayat cinta. Hasil nukilan Muhammad Masykur A.R.Said. Sebuah kisah berlatar belakangkan suasana 3 buah negara. Mesir, Indonesia dan Malaysia. Menceritakan kebudayaan yang berbeza.Mengisahkan watak utama Syamsul yang kecewa di atas tindakannya yang telah mengecewakan seorang perempuan yang amat dicintai bernama Siti Zubaidah. kisah pertemuan yang tidak disangka2 dan akhirnya menimbulkan bibit2 cinta. Di saat ingin disatukan mendapat pengkhabaran yang Syamsul telah ditunangkan dengan pilihan keluarga. Dia menjanjikan suatu hari nanti beliau akan kembali pada Siti Zubaidah sehingga beliau disatukan dengan pilihan keluarga yang bernama Siti Fatimah. Sehebat namanya juga. Akibat penyesalan yang amat sangat beliau telah menderita sakit jiwa yang amat kronik sehingga doktor tidak mampu mengubatinya dengan cara moden. Isteri yang dikasihi, amat memahami dan berusaha bersama sahabatnya mencari Siti Zubadah..sehingga dapat bertemunya dan memujuknya kembali untuk memulihkan keadaan Syamsul yang amat tenat ketika itu..

* yg ana beli covernya warna pink..ni mungkin versi indon.novel yang bagus untuk dibaca dan dijadikan koleksi.

Friday, June 12, 2009

PANCAROBA KEHIDUPAN

Assalamualaikum..peristiwa yang berlaku dalam kehidupan seharian adalah suatu tunjuk ajar yg baik untuk memperbaiki diri..ada perkara yang boleh diterima..ada yang tidak boleh diterima akal..setiap kehidupan ciptaan Allah dicipta berpasang-pasangan. Allah menciptakan perempuan dan pasangannya lelaki bukan pasangannya binatang..semakin byk kes2 kekejaman terhadap wanita berlaku dan ada juga sesetengah kes berlaku pada kaum Adam. Sesetengah kejadian berlaku disbabkan peristiwa silam yang telah menghantui dalam diri..mula bersikap kejam..menyebabkan yang tidak salah menjadi mangsa..baik kaum adam atau hawa...kadang2 susah nak dipersalahkan mana2 pihak menyebabkan keadaan ini berlaku..semoga Allah mempelihara semua makhluknya..Insyaallah..

Tuesday, June 9, 2009

YONG TAU FU SUP..














Assalamualaikum..sedap tak? memang sdap..salah satu mknan kegemaran..first time mkn kat kedai ni pelayan tersalah hantar..kita org tak perasan..dah makan beberapa suap, baru tahu pelayan tersalah hantar..tertukar dgn sepasang suami isteri di meja sebelah..mcm nk marah je pak ciknya..kita org first time mkn..mana nk tahu mcm mana cara kedai tu serve. kali kedua mkn jumpa lagi pak cik dan mak cik ni..tp tak tahulah mereka perasan ke tak..kali kedua mkn, hampir tersilap..tapi nasib baik periksa dulu..takut tersalah lagi mcm ari tu..

Monday, May 11, 2009

MUTIARA KATA 1

1. Bersyukurlah kepada Allah Taala kerana dikurniakan kelebihan diri. Sekalipun sebenarnya
kita rasa kita tidak layak memilikinya.

2. Kelebihan yang ada pada diri anda adalah kurniaan Allah. Oleh itu mengapa anda harus membangga diri?

3. Berkongsilah nikmat dengan orang lain juga kirannya anda memperolehi harta, wang ringgit atau
sebagainya, agar memdapat keredhaan Illahi.

4. Ingatlah, kejayaan yang anda capai itu dari hasil pengorbanan dan dorongan orang-orang di keliling anda
seperti suami, ibu bapa, guru-guru atau pekerja bawahan.

5. Biasanya kejayaan itu ditempa dari ujian dan dugaan, bukannya nikmat seperti kata-kata pujian.
Umpama pohon yang subur yang selalu dicantas dan dibajai selalu dengan air limbahan, bukannya
ditaburi dengan gula!.

TAZKIRAH 4

AKHLAK RASULULLAH S.A.W. DALAM KEKELUARGAAN

Pendahuluan

Akhlak merujuk kepada sifat semula jadi, tabiat, adat, kebiasaan, keperibadian, gaya hidup individu atau kumpulan tertentu. Akhlak diperolehi sama dengan tabiat atau fitrah asal atau dicapaikan dengan latihan individu itu sendiri.

Rasulullah s.a.w. disifatkan oleh al-Qur`an sebagai berada di atas akhlak yang agung. Ini kerana baginda telah dididik sendiri oleh Allah s.w.t. dan al-Qur`an itu cerminan kepada akhlak Rasulullah s.a.w.

وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (al-Qalam: 4)

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dia-lah yang telah mengutuskan di kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syara’). dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (al-Jumu’ah: 2)

Allah s.w.t. menjadikan tugas Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tazkiah kepada ummatnya dan ia tidak akan tercapai dengan perintah semata-mata bahkan baginda diperintahkan untuk mengamalkan dan melaksanakan ajaran-ajaran wahyu dalam kehidupan supaya baginda menjadi contoh yang sempurna bagi seruan baginda kepada ummatnya.

Sesuatu ajaran itu dikatakan sebagai terlalu ideal jika tidak ada sesiapapun yang dapat mempraktikkannya. Tetapi dengan adanya Rasulullah s.a.w. di kalangan umat dan segala berita dan riwayat tentang segala aspek kehidupan baginda telah dirakamkan dalam hadis-hadis, maka umat Islam mendapati satu contoh yang tidak hanya ideal tetapi realistik untuk diikuti. Atas sebab inilah Rasul-rasul Allah itu didatangkan sebagai manusia dan mereka itu mempunyai zuriat keturunan.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. (al-Ra’d: 38)

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)

Akhlak Rasulullah s.a.w. secara umum meliputi semua aspek kehidupan, masa dan tempat. Manakala akhlak Rasulullah s.a.w. dalam kekeluargaan merangkumi perkahwinan, persemendaan, kaum kerabat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti anak angkat dan keluarga susuan.


Kepentingan Mengetahui dan menghayati Akhlak Rasulullah S.A.W. Dalam Kekeluargaan?

Akhlak merupakan buah atau hasil daripada keimanan kepada Allah s.w.t. Keimanan sempurna kepada Allah dan Hari Akhirat terpancar dalam kehidupan berakhlak terutamanya dengan orang yang paling hampir dengan diri sendiri.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang mu`min yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik ahklaknya. Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling akhlaknya kepada isterinya.” (al-Tirmizi)

Oleh kerana isterilah peribadi yang paling hampir dengan seseorang dan paling banyak bergaul dengannya, maka Rasulullah s.a.w. telah meletakkan satu standard bagi mu’min yang mempunyai akhlak mulia, iaitu hubungan baik dengan keluarga. Kesempurnaan akhlak diukur dengan melihat sejauh mana suami itu berakhlak dengan isterinya. Seseorang mungkin boleh berpura-pura di hadapan orang ramai tetapi dia tidak akan dapat menyembunyikan perangai buruknya di hadapan isteri.

Tujuan untuk mempelajari ilmu akhlak terutamanya akhlak kekeluargaan ialah untuk mengetahui kebaikan lalu melaksanakannya dan keburukan lalu dijauhi dan matlamat akhir sekali ialah untuk mencapai kebahagiaan. Kebahagian merupakan matlamat yang terpenting dicari oleh manusia. Pentafsiran kebahagiaan berbeza-beza mengikut kepelbagaian akidah dan pandangan alam yang dianuti seseorang. Sebagai seorang muslim pandangan alamnya itu pasti terarah kepada kebahagiaan yang sempurna merangkumi dunia dan akhirat. Ini berma’na, tujuan mengkaji sirah dan akhlak Rasulullah s.a.w. ialah dalam kekeluargaan ialah untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga.


Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh dalam mengemukakan contoh kepada ummat melalui kehidupan berkeluarga yang dibentuknya, bermula dengan perkahwinannya dengan Khadijah sehingga baginda wafat. Keluarga yang dibentuk oleh baginda merupakan tapak tanaman bagi menumbuhkan nilai-nilai mulia. Kekeluargaan Islam dibina di atas paksi yang teguh dan kemas. Sesebuah masyarakat akan kuat apabila setiap keluarga yang berada di dalamnya itu berdiri di atas prinsip-prinsip akhlak yang mulia di samping mempunyai pertalian yang erat antara satu sama lain.

Sesetengah pihak seperti orientalis dan orang-orang Islam yang terpengaruh dengan mereka memahami dan mentafsirkan kehidupan keluarga Rasulullah berdasarkan kepada pengalaman mereka yang penuh tragedi. Pada Zaman Kegelapan, wanita Barat telah melalui ranjau yang berduri akibat daripada dominasi kaum lelaki yang keterlaluan.

Adalah satu kesalahan besar dan kejahilan yang jelek jika poligami yang dipraktikkan oleh baginda difahami sebagai memenuhi tuntutan syahwah haiwaniyyah semata-mata. Sedangkan pada hakikatnya, ada matlamat yang lebih besar dan utama yang hanya difahami oleh mereka yang memahami nas-nas al-Qur`an dan hadis serta realiti konteks da’wah baginda.

Secara umumnya, kehidupan kekeluargaan Rasulullah s.a.w. dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat:
1. Zaman bujang sehinggalah baginda berkahwin dengan Khadijah.
2. Hidup dengan seorang isteri, Khadijah, antara umur 25 tahun hingga 53 tahun.
3. Berkahwin dengan lebih daripada seorang isteri, antara umur 55 tahun hingga 60 tahun.
4. Mengekalkan bilangan isteri yang ada iaitu ketika berumur 60 tahun sehingga menemui Allah s.w.t.

Poligami di zaman baginda merupakan sesuatu yang biasa diamalkan. Sekiranya baginda berkahwin semata-mata untuk memenuhi nafsu tentu di zaman muda lagi baginda berpoligami. Sebaliknya baginda hanya berpoligami setelah menjangkau usia 55, iaitu tidak lebih daripada sepuluh tahun daripada baki hayatnya. Peranan baginda ialah menentukan sifat poligami yang adil dan mendatangkan kemaslahatan kepada semua pihak. Ini dapat dilihat kepada tujuan perkahwinan baginda dengan setiap isterinya.

Hikmat Rasulullah S.A.W. Beristeri Ramai

Satu-satunya gadis yang dinikahi Rasulullah s.a.w. ialah ‘A`ishah. Perkahwinan baginda dengan ‘A`ishah bukan semata-mata keputusan baginda sendiri tetapi perintah daripada Allah s.w.t.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيتُكِ فِي الْمَنَامِ مَرَّتَيْنِ إِذَا رَجُلٌ يَحْمِلُكِ فِي سَرَقَةِ حَرِيرٍ فَيَقُولُ هَذِهِ امْرَأَتُكَ فَأَكْشِفُهَا فَإِذَا هِيَ أَنْتِ فَأَقُولُ إِنْ يَكُنْ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ يُمْضِهِ

Daripada ‘A`ishah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya telah bermimpi melihat kamu sebanyak dua kali, seorang lelaki membawa kamu dalam pakaian sutera lalu dia berkata, ini adalah isteri kamu, oleh itu singkapkan lah. (Apabila aku menyingkap) Rupa-rupanya kamu. Lalu saya pun berkata, jika ianya daripada Allah pasti Dia akan merealisasikannya.” (al-Bukhari, Muslim)

Faedah daripada perkahwinan ini dapat dilihat pada tugas dan tanggungjawabnya menerima ilmu secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Beliau memainkan peranan penting dalam penyebaran hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan mengajar kaum wanita. Malah beliau merupakan rujukan utama dalam fatwa di kalangan sahabat. Hal ini tentu sekali bersesuaian dengan beliau yang masih lagi anak muda ketika berkahwin dengan baginda dan tidak mempunyai anak.

Sementara Hafsah pula amat berperanan dalam penjagaan al-Qur`an. Oleh kerana itu, ketika penyalinan semula mushaf, Sayyidina ‘Uthman meminjam mushaf yang dimiliki Hafsah sebagai pegangan dalam melaksanakan tugas yang berat itu.

Perkahwinan dengan Ummu Habibah mempunyai implikasi yang besar dalam da’wah Rasulullah kepada bapanya, Abu Sufyan, seorang pemimpin Quraisy yang terkemuka. Beliau memimpin dan mengangkat panji peperangan menentang Rasulullah di peperangan Uhud dan Ahzab. Tetapi setelah perkahwinan baginda dengan anaknya, beliau tidak lagi memimpin kaumnya memerangi Rasulullah s.a.w. Bahkan tidak lama selepas itu, beliau pula berada di bawah panji Islam. (Sulaiman al-Mansufuri, Rahmatan Li al-‘Alamin, hal. 386)

Lihat pula perkahwinan baginda dengan Juwairiyyah binti al-Harith. Bapanya seorang pemimpin Bani Mustaliq dan mempunyai permusuhan yang kuat dengan Rasulullah s.a.w. Beliau dan kaumnya telah melakukan pakatan dengan Musyrikin Mekah dalam peprangan Ahzab. Juwairiyyah merupakan salah seorang tawanan yang ditahan sebagai hamba kemudian dimerdekakan sehingga menjadi isteri baginda. Dengan perkahwinan yang diberkati ini, sahabat telah memerdekakan kaum keluarga Juwairiyyah lain yang juga menjadi tahanan kerana tidak mahu melihat sanak saudara isteri Rasulullah s.a.w. menjadi hamba sahaya. Menurut satu riwayat, seratus orang ahli keluarga Juwairiyyah telah dimerdekakan selepas itu. (lihat Dr. Munir Ghadhaban, Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah, hal. 669)

Ulama menyimpulkan bahawa tujuan perkahwinan baginda itu mempunyai hikmat yang besar yang merangkumi sudut-sudut keilmuan, kemasyarakatan dan da’wah bukan kerana mahu berfoya-foya dengan wanita-wanita. Oleh kerana itulah, kebanyakan isteri baginda adalah anak-anak pemimpin dan anak-anak orang yang berpengaruh.

Calon Isteri Dan Menantu

Bagi menjamin keutuhan rumah tangga, kesejahteraan masyarakat dan kelangsungan perjuangan, pemilihan isteri atau menantu merupakan faktor yang amat penting. Akhlak Rasulullah s.a.w. dalam pembentukan keluarga dapat dilihat dengan jelas ketika baginda berkahwin dan juga mencari suami untuk anak-anaknya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya: “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agama. Maka pilih yang beragama pasti kamu memperolehi keuntungan yang besar.” (al-Bukhari, Muslim)


Abu Al-‘Ash Bin Al-Rabi’ Menantu Pertama Rasulullah S.A.W.

Beliau merupakan suami kepada Zainab binti Rasulullah s.a.w. Ibu beliau Halah binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah. Oleh kerana terkenal dengan sifat amanah, jujur dan pemurah, beliau juga digelar dengan al-amin seperti mana gelaran yang diberikan kepada mertuanya. Baginda memujinya kerana kesetiannya kepada isterinya walaupun terpisah daripada Zainab, beliau tidak pernah berkahwin dengan mana-mana wanita. Apabila beliau memeluk Islam, Rasulullah s.a.w. mengembalikan Zainab kepadanya dengan perkahwinan yang terdahulu.

Diriwayatkan daripada Miswar bin Makhramah katanya,

فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعْتُهُ حِينَ تَشَهَّدَ يَقُولُ أَمَّا بَعْدُ أَنْكَحْتُ أَبَا الْعَاصِ بْنَ الرَّبِيعِ فَحَدَّثَنِي وَصَدَقَنِي

Lalu Rasulullah s.a.w. berdiri dan saya mendengar baginda bersabda setelah membaca syahadah: Amma ba’d, saya telah mengahwinkan Abu al-‘Ash bin al-Rabi’, beliau telah berjanji dengan saya dan menunaikan janjinya. (al-Bukhari, Muslim)

Bagaimana Rasulullah Meminang Untuk Orang Kesayangannya, Usamah Bin Zaid?

Allah s.w.t. berfirman berhubungan tentang peminangan perempuan masih dalam idah:

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي أَنْفُسِكُمْ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لَا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلًا مَعْرُوفًا وَلَا تَعْزِمُوا عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنْفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (al-Baqarah: 235)

Perintah yang terkandung dalam ayat ini dapat dilihat perlaksanaannya oleh Rasulullah s.a.w., apabila baginda sendiri secara kiasan melamar isteri untuk anak kepada anak angkat baginda, iaitu Usamah bin Zaid bin Harithah.

Ketika Fatimah binti Qais diceraikan tiga talak oleh suaminya, Rasulullah s.a.w. telah mengisyaratkan peminangannya untuk Usamah secara sindiran. Imam Muslim meriwayatkan bahawa:

وَأَرْسَلَ إِلَيْهَا أَنْ لَا تَسْبِقِينِي بِنَفْسِكِ

Rasulullah s.a.w. telah menghantar seseorang kepadanya untuk menyampaikan pesanannya dengan sabdanya, janganlah kamu mendahuluiku dalam keputusanmu.

فَلَمَّا مَضَتْ عِدَّتُهَا أَنْكَحَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدِ بْنِ حَارِثَةَ

Setelah habis iddahnya Rasulullah s.a.w. mengahwinkannya dengan Usamah bin Zaid bin Harithah. (Muslim)


Rasulullah Melamar Hafsah

سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يُحَدِّثُ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ حِينَ تَأَيَّمَتْ حَفْصَةُ قَالَ عُمَرُ لَقِيتُ أَبَا بَكْرٍ فَقُلْتُ إِنْ شِئْتَ أَنْكَحْتُكَ حَفْصَةَ بِنْتَ عُمَرَ فَلَبِثْتُ لَيَالِيَ ثُمَّ خَطَبَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَقِيَنِي أَبُو بَكْرٍ فَقَالَ إِنَّهُ لَمْ يَمْنَعْنِي أَنْ أَرْجِعَ إِلَيْكَ فِيمَا عَرَضْتَ إِلَّا أَنِّي قَدْ عَلِمْتُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ ذَكَرَهَا فَلَمْ أَكُنْ لِأُفْشِيَ سِرَّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَوْ تَرَكَهَا لَقَبِلْتُهَا

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa ketika Hafsah menjadi janda, ‘Umar bin al-Khattab berkata: “Saya bertemu dengan Abu Bakar dan saya berkata kepadanya, jika kamu mahu saya kahwinkan kamu dengan Hafsah. Kemudian saya tunggu beberapa hari kemudian Rasulullah s.a.w. meminangnya. Selepas itu Abu Bakar menemui saya lantas berkata: “Sesungguhnya tidak ada yang menghalangku daripada memberi jawapan kepada tawaran kamu kepadaku melainkan saya telahpun mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan tentang Hafsah dan saya sekali-kali tidak akan membuka rahsia Rasulullah s.a.w. Kalau baginda tidak meminangnya pasti saya akan menerimanya. (al-Bukhari)

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hasratnya untuk melamar Hafsah kepada Abu Bakar yang merupakan mertuanya.


Mahar Rasulullah S.A.W. Kepada Isteri-Isterinya

Mahar merupakan pemberian wajib kepada isteri sebagai tanda komitmen suami untuk hidup dengan isterinya. Rasulullah s.a.w. memberi contoh bagaimana mahar sepatutnya diberikan kepada isteri. Tidak terlalu mahal dan tidak pula terlalu rendah.

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمْ كَانَ صَدَاقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ كَانَ صَدَاقُهُ لِأَزْوَاجِهِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ أُوقِيَّةً وَنَشًّا قَالَتْ أَتَدْرِي مَا النَّشُّ قَالَ قُلْتُ لَا قَالَتْ نِصْفُ أُوقِيَّةٍ فَتِلْكَ خَمْسُ مِائَةِ دِرْهَمٍ فَهَذَا صَدَاقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَزْوَاجِهِ

Dari Abu Salamah bin Abdul Rahman bahawa katanya saya bertanya ‘A`ishah, isteri Rasulullah: “Berapakah mahar yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.?” ‘A`ishah menjawab: “Mahar yang diberikan kepada isteri-isterinya adalah 12 uqiyah dan satu nasy.” ‘A`ishah bertanya: “Tahukah kamu apakah nasy.” Saya berkata: “Tidak.” Beliau berkata: “Separuh uqiyah. Itulah 500 dirham. Inilah mahar yang diberikan baginda kepada isteri-isterinya.” (Muslim)


Begitu juga dengan mahar yang diberikan kepada anak baginda.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَمَّا تَزَوَّجَ عَلِيٌّ فَاطِمَةَ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْطِهَا شَيْئًا قَالَ مَا عِنْدِي شَيْءٌ قَالَ أَيْنَ دِرْعُكَ الْحُطَمِيَّةُ

Daripada Ibn ‘Abbas katanya ketika ‘Ali mengahwini Fatimah, Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Berikanlah kepada Fatimah sesuatu.” ‘Ali menjawab: “Tidak ada apa-apa pada saya untuk diberikan. Baginda bersabda: “Di manakah baju besi kamu al-Hutamiyyah? (Abu Daud, al-Nasa`i)


Rasulullah s.a.w. tidak mahu membebankan umatnya dengan menetapkan mahar yang tinggi. Malah untuk anaknya sendiri baginda memberikan peluang kepada ‘Ali untuk memberikan mahar mengikut kemampuannya. Malah Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya supaya berlapang dada dalam soal mahar dan memberi jaminan bahawa keberkatan perkahwinan itu bergantung kepada kemudahan yang diberikan kepada suami untuk menyerahkan mahar mengikut apa yang mudah kepadanya.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ يُمْنِ الْمَرْأَةِ تَيْسِيرَ خِطْبَتِهَا وَتَيْسِيرَ صَدَاقِهَا وَتَيْسِيرَ رَحِمِهَا

Daripada ‘A`ishah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di antara keberkatan perempuan ialah mudah peminangannya, mudah maharnya dan mudah rahimnya.” (Ahmad, Ibn Hibban, al-Baihaqi)


Akhlak Rasulullah s.a.w. dalam memberikan mahar dengan kadar yang mudah kemudiannya ditekankan ‘Umar bin al-Khattab di zaman pemerintahannya.

عَنْ أَبِي الْعَجْفَاءِ السُّلَمِيِّ قَالَ خَطَبَنَا عُمَرُ رَحِمَهُ اللَّهُ فَقَالَ أَلَا لَا تُغَالُوا بِصُدُقِ النِّسَاءِ فَإِنَّهَا لَوْ كَانَتْ مَكْرُمَةً فِي الدُّنْيَا أَوْ تَقْوَى عِنْدَ اللَّهِ لَكَانَ أَوْلَاكُمْ بِهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَصْدَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ امْرَأَةً مِنْ نِسَائِهِ وَلَا أُصْدِقَتْ امْرَأَةٌ مِنْ بَنَاتِهِ أَكْثَرَ مِنْ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ أُوقِيَّةً

Daripada Abi al-‘Ajfa` katanya, ‘Umar bin al-Khattab telah berkhutbah di hadapan kami, beliau berkata: “Janganlah kamu meletakkan mahar yang tinggi. Sesungguhnya jika itu satu kemulian di dunia atau ketaqwaan kepada Allah tentu Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu meletakan mas kahwin yang mahal. Baginda tidak memberi mahar kepada seorang pun daripada isterinya lebih daripada 12 uqiah.” (al-Nasa`i, Abu Daud)

Doa Untuk Pengantin

Rasulullah s.a.w. juga berdoa untuk pengantin supaya mereka perolehi keberkatan dan kebahagian.
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى عَلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ أَثَرَ صُفْرَةٍ قَالَ مَا هَذَا قَالَ إِنِّي تَزَوَّجْتُ امْرَأَةً عَلَى وَزْنِ نَوَاةٍ مِنْ ذَهَبٍ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

Daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat pada ‘Abdul Rahman kesan kekuningan. Baginda bersabda, apakah ini? ‘Abdul Rahman menjawab: Saya telahpun berkahwin dengan seorang perempuan dengan mahar seberat nuwah emas. Rasulullah s.a.w. bersabda: Semoga Allah memberkati kamu. Buatlah walimah walaupun dengan seekor kambing. (al-Bukhari, Muslim)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Daripada Abu Hurairah bahawa apabila Rasulullah s.a.w. mengucapkan taniah kepada seseorang yang berkahwin baginda mendoakan: “Semoga Allah memberikan keberkatan kepada kamu dan keberkatan yang melimpah ke atas kamu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.” (Abu Daud, Ibn Majah)


Perhubungan Yang Baik Dan Mesra


وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (al-Nisa`: 19)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah seorang mu`min itu membenci perempuan mu`min (isterinya). Jika dia membenci sesuatu perilaku padanya maka dia akan redha dengan perilaku yang lain padanya.” (Muslim)

Hadis ini melarang kita membenci isteri secara mutlak. Sebaliknya sebagai suami, kita hendaklah sentiasa mengingati kebaikan isteri agar kita memperolehi kesejahteraan dan kebahagiaan padanya.

Selain itu, Rasulullah s.a.w. menegaskan kepada ummatnya bahawa ibadat kepada Allah s.w.t. tidaklah menghalang seseorang daripada bermesraan dengan isteri.

عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ قُلْتُ مَا هِيَ إِلَّا أَنْتِ فَضَحِكَتْ

Daripada ‘Urwah daripada ‘A`isyah bahawa Rasulullah s.a.w. mencium salah seorang isterinya kemudian baginda keluar untuk menunaikan sembahyang tanpa mengambil wudu`. Saya berkata: “Siapa lagi dia kalau bukan mak cik?” Kata ‘Urwah: “ ‘A`isyah pun ketawa.” (Ibn Majah)

عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُقَبِّلُ الصَّائِمُ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَلْ هَذِهِ لِأُمِّ سَلَمَةَ فَأَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ ذَلِكَ

Daripada ‘Umar bin Abi Salamah bahawa dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w.: “Adakah seseorang yang berpuasa itu boleh berkucupan. Baginda bersabda kepadanya: “Tanyalah perkara ini kepada Ummu Salamah.” Maka Ummu Salamah menceritakan bahawa Rasulullah melakukan demikian. (Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa kemesraan antara suami isteri tetap ada walaupun dalam keadaan berpuasa.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَشْرَبُ وَأَنَا حَائِضٌ ثُمَّ أُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ فَيَشْرَبُ وَأَتَعَرَّقُ الْعَرْقَ وَأَنَا حَائِضٌ ثُمَّ أُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ

Daripada ‘A`ishah katanya: “Saya sedang minum air, pada ketika itu saya mengalami haidh. Saya menghulurkan kepada baginda (bekas air) lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat bekas mulut saya. Saya menggigit tulang yang berdaging, pada ketika itu saya juga mengalami haidh. Saya menghulurkan kepada baginda (tulang yang berdaging itu) lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat bekas mulut saya.” (Muslim, al-Nasa`i)


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ مِنْ قَدَحٍ يُقَالُ لَهُ الْفَرَقُ

Daripada ‘A`ishah katanya: “Saya mandi bersama-sama Rasulullah dari bekas yang sama yang dipanggil al-faraq.” (al-Bukhari, Muslim)


Makan minum, tidak cerewet

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ مَا عَابَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ إِنْ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ وَإِلَّا تَرَكَهُ

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela makanan. Sekiranya baginda berselera baginda makan, jika tidak baginda tidak memakannya. (al-Bukhari, Muslim)


Jika seseorang itu mencela makanan yang dihidangkan kepadanya maka tentu sekali itu akan menyakiti tuannya yang mendengar. Ini jika dilihat dari sudut orang membawa makanan. Tetapi sebenarnya pemberi rezki yang mutlak ialah Allah s.w.t. Ini berma’na mencela makanan termasuk dalam kebiadapan terhadap Allah s.w.t. (Lihat Ibn al-Battal, Syarh al-Bukhari, jil. 9, hal. 478)

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ يَا عَائِشَةُ هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ قَالَتْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عِنْدَنَا شَيْءٌ قَالَ فَإِنِّي صَائِمٌ

Daripada ‘A`ishah katanya, pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada saya, wahai ‘A`ishah, adakah ada sesuatu pada kamu (untuk dimakan)? Beliau berkata, saya menjawab, wahai Rasulullah s.a.w. tidak ada sesuatupun pada kami. Baginda bersabda: Kalau begitu, saya berpuasa. (Muslim)


Menjaga kebersihan diri


عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ قُلْتُ بِأَيِّ شَيْءٍ كَانَ يَبْدَأُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ قَالَتْ بِالسِّوَاكِ

Daripada al-Miqdam bin Syuraih daripada ayahnya, katanya, saya bertanya ‘A`ishah: “Apakah yang dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. apabila memasuki rumahnya? Beliau menjawab: “Menggosok gigi.” (Muslim)


Oleh kerana komunikasi antara suami isteri dalam jarak yang dekat maka wajarlah mereka berdua menjaga kebersihan diri terutamanya mulut yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Begitu juga pada waktu malam baginda mengambil berat tentang kebersihan mulut ya’ni apabila bangun untuk bertahajjud.

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ

Daripada Huzaifah katanya, Rasulullah s.a.w. apabila bangun pada waktu malam maka baginda akan menggosok gigiknya dengan siwak. (al-Bukhari, Muslim)


Membantu Keluarga

Tugas kerasulan dan mentadbir negara tidaklah menghalang baginda daripada membantu isterinya melakukan kerja-kerja rumah. Pertolongan seperti ini tentu sekali akan mendatang banyak faedah kepada suami isteri.

عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَأَلَ رَجُلٌ عَائِشَةَ هَلْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْمَلُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا قَالَتْ نَعَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْصِفُ نَعْلَهُ وَيَخِيطُ ثَوْبَهُ وَيَعْمَلُ فِي بَيْتِهِ كَمَا يَعْمَلُ أَحَدُكُمْ فِي بَيْتِهِ

Daripada Hisyam bin ‘Urwah daripada ayahnya, katanya seorang lelaki bertanya ‘A`ishah: :Adakah Rasulullah s.a.w. mengerjakan sesuatu di rumahnya?” ‘A`ishah menjawab: “Ya. Rasulullah s.a.w. membaiki kasutnya, menjahit pakaiannya, membuat kerja di rumah sebagaimana seorang daripada kamu membuat kerja.” (Ahmad, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سُئِلْتُ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْمَلُ فِي بَيْتِهِ قَالَتْ كَانَ بَشَرًا مِنْ الْبَشَرِ يَفْلِي ثَوْبَهُ وَيَحْلُبُ شَاتَهُ وَيَخْدُمُ نَفْسَهُ

Daripada ‘A`ishah katanya, saya ditanya adakah Rasulullah s.a.w. melakukan kerja di rumahnya? Beliau menjawab: “Baginda manusia biasa, baginda mencuci pakaiannya, memerah susu kambing dan melakukan khidmat diri.” (Ahmad)


Bersama Anak: Azan Untuk Bayi

عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ

Daripada ‘Ubaidullah bin Abi Rafi’ daripada ayahnya katanya, saya melihat Rasulullah s.a.w. mengazankan pada telinga Hasan bin ‘Ali ketika Fatimah melahirkannya. (Abu Daud, al-Tirmizi)

Ibn al-Qayyim berkata: “Rahsia azan dan iqamat ialah hendaklah perkara pertama yang mengetuk pendengaran manusia ialah kalimah-kalimah seruan azan yang tinggi yang mengandungi kebesaran Allah s.w.t. dan keagungan-Nya, dan persaksian dengan dua kalimah syahadah yang merupakan perkara pertama apabila memeluk Islam. Maka pengajaran itu merupakan syiar Islam ketika dia masuk ke alam dunia sebagaimana ditalqinkan kalimah tauhid ketika keluarnya dia dari dunia ini. Dan tidak dinafikan sampainya kesan azan pada hatinya dan hati itu menerima kesannya, sekalipun tidak dirasai.” (Ibn al-Qayyim,Tuhfah al-Wadud, hal. 31)

Memang diketahui berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih bahawa syaitan lari apabila mendengar azan. Ini berma’na, syaitan juga lari mendengar azan apabila ia dialunkan di awal kedatangan manusia ke dunia. Ini menunjukkan betapa Rasulullah s.a.w. menekankan ajaran tauhid dan mengusir syaitan pada permulaan kehidupan bayi yang baru dilahirkan.


Mencium Anak-Anak

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ تُقَبِّلُونَ الصِّبْيَانَ فَمَا نُقَبِّلُهُمْ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَأَمْلِكُ لَكَ أَنْ نَزَعَ اللَّهُ مِنْ قَلْبِكَ الرَّحْمَةَ

Daripada ‘A`ishah katanya seorang badwi datang menemui Rasulullah s.a.w. seraya bertanya: “Kamu mencium anak-anak? Kami tidak mencium mereka.” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apakah aku akan dapat menolong kamu jika Allah mencabut daripada hati kamu sifat rahmat?” (al-Bukhari, Muslim)

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak berkenan kepada orang yang kasar dan tidak menunjukkan sifat sayang dan mesra kepada anak-anak. Berdasarkan kepada hadis ini, baginda mahu mengubah kebiasaan orang badwi yang tidak begitu mesra dengan anak-anak.


Mendidik Anak Dengan Nilai Akhirat

Rasulullah s.a.w. memberi pendidikan dengan sebaik-baik pelajaran iaitu tidak mementingkan kesenangan dunia malah mengutamakan kehidupan akhirat. Ini dapat dilihat kepada sikap baginda ketika anak kesayangannya meminta seorang pembantu rumah.

عَنْ عَليٍّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلَام أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَشْكُو إِلَيْهِ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى وَبَلَغَهَا أَنَّهُ جَاءَهُ رَقِيقٌ فَلَمْ تُصَادِفْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا نَقُومُ فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَجَاءَ فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى بَطْنِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى خَيْرٍ مِمَّا سَأَلْتُمَا إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَوْ أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا فَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Daripada Sayyidina ‘Ali bahawa Fatimah telah datang menemui Rasulullah s.a.w. mengadu tentang tangannya akibat kisaran yang digunakannya dan beliau mendapat tahu sampai kepada baginda seorang hamba. Pada waktu itu, Fatimah tidak dapat menemui Rasulullah s.a.w. lalu Fatimah menyebutkan perkara itu kepada ‘A`ishah. Tatkala Rasulullah s.a.w. datang ‘A`ishah menceritakan kepada baginda lalu baginda datang menemui ketika kami hampir masuk tidur. Kamu mahu bangun tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu berdua berada di tempat masing-masing.” Bagindapun duduk di antara kami berdua sehingga saya merasakan sejuk pada dua tapak kakinya pada perut saya seraya bersabda: “Tidakkah kamu berdua mahu jika aku menunjukkan kepada kamu berdua sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Apabila kamu berdua pergi ke tempat tidur atau tempat pembaringan maka bertasbihlah 33 kali, bertahmidlah 33 kali dan bertakbirlah 34 kali. Itu lebih baik kepada kamu berdua daripada seorang khadam.” (al-Bukhari, Muslim)


Liku-Liku Rumah Tangga

Perasaan cemburu tidak dapat dielakkan kehidupan rumahtangga terutama apabila mempunyai isteri lebih dari seorang. Ia merupakan sifat semula jadi yang ada pada setiap orang dan sangat diperlukan dengan kadar yang sewajarnya tetapi tidak boleh keterlaluan bagi menjamin kerukunan rumahtangga.

عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ بَعْضِ نِسَائِهِ فَأَرْسَلَتْ إِحْدَى أُمَّهَاتِ الْمُؤْمِنِينَ بِصَحْفَةٍ فِيهَا طَعَامٌ فَضَرَبَتْ الَّتِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِهَا يَدَ الْخَادِمِ فَسَقَطَتْ الصَّحْفَةُ فَانْفَلَقَتْ فَجَمَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِلَقَ الصَّحْفَةِ ثُمَّ جَعَلَ يَجْمَعُ فِيهَا الطَّعَامَ الَّذِي كَانَ فِي الصَّحْفَةِ وَيَقُولُ غَارَتْ أُمُّكُمْ ثُمَّ حَبَسَ الْخَادِمَ حَتَّى أُتِيَ بِصَحْفَةٍ مِنْ عِنْدِ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا فَدَفَعَ الصَّحْفَةَ الصَّحِيحَةَ إِلَى الَّتِي كُسِرَتْ صَحْفَتُهَا وَأَمْسَكَ الْمَكْسُورَةَ فِي بَيْتِ الَّتِي كَسَرَتْ

Daripada Anas katanya, Rasulullah s.a.w. berada di salah sebuah rumah isterinya (ya’ni pada gilirannya), kemudian salah seorang Ummul mu`minin telah menghantar sepinggan makanan lalu isteri yang giliran Rasulullah s.a.w. di rumahnya memukul tangan pembantu maka pinggan itu jatuh terbelah. Rasulullah s.a.w. mengutip pecahan dan mula mengumpulkan makanan yang ada pada pinggan itu sambil bersabda: (Tidak mengapa) “Ibu kamu telah cemburu.” Kemudian baginda menahan pembantu itu sehingga diberikan pinggan kepunyaan isterinya yang memiliki giliran pada hari itu lalu menyerahkan pinggan yang elok kepada tuan punya pinggan yang telah dipecahkan dan menyimpan pinggan yang pecah di rumah isterinya yang memecahkannya. (al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. memohon maaf bagi pihak isterinya supaya tidak timbul prasangka buruk terhadap isteri baginda bahkan itu berlaku sebagai asam garam kehidupan orang yang bermadu yang tidak sunyi daripada sifat cemburu. Sebagai suami baginda menunjukkan kesabarannya dan tidak timbul tanda-tanda kemarahan di wajah baginda.


Bilakah Dan Bagaimana Harus Memukul Isteri

Walaupun memukul isteri itu harus dengan syaratnya namun Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengangkat tangannya untuk memukul isterinya.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ مَا ضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا قَطُّ بِيَدِهِ وَلَا امْرَأَةً وَلَا خَادِمًا إِلَّا أَنْ يُجَاهِدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Daripada ‘A`ishah katanya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah memukul sesuatupun dengan tangannya, tidak juga perempuan dan tidak juga pembantunya kecuali berjihad di jalan Allah. (Muslim)

Oleh sebab itu, baginda melarang seseorang itu memukul isteri sehingga mencederakannya. Amatlah tercela jika di siang hari suami membelesah isterinya tiba-tiba di malam hari, dia datang mencari isterinya di tempat tidur. Memukul isteri bukan usaha yang pertama untuk membaiki akhlak isteri. Ia hanyalah dibenarkan setelah nasihat dan pengasingan tempat tidur tidak berkesan. Pukulan yang dibenarkan ialah pukulan yang tidak mencederakan dan hendak dijauhi pukulan pada wajah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَمْعَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَجْلِدُ أَحَدُكُمْ امْرَأَتَهُ جَلْدَ الْعَبْدِ ثُمَّ يُجَامِعُهَا فِي آخِرِ الْيَوْمِ

Daripada ‘Abdullah bin Zam’ah daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah seseorang itu memukul isterinya seperti dia memukul hambanya kemudian menyetubuhinya pula di akhir hari.” (al-Bukhari, Muslim)







Cinta Kepada Isteri Tetap Ditunjukkan Walaupun Setelah Ketiadaannya

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ مَا غِرْتُ عَلَى نِسَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا عَلَى خَدِيجَةَ وَإِنِّي لَمْ أُدْرِكْهَا قَالَتْ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا ذَبَحَ الشَّاةَ فَيَقُولُ أَرْسِلُوا بِهَا إِلَى أَصْدِقَاءِ خَدِيجَةَ قَالَتْ فَأَغْضَبْتُهُ يَوْمًا فَقُلْتُ خَدِيجَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي قَدْ رُزِقْتُ حُبَّهَا

Daripada ‘A`ishah katanya: “Saya tidak pernah berasa cemburu kepada mana-mana isteri Rasulullah s.a.w. seperti yang saya cemburu kepada Khadijah walaupun saya tidak sempat betrtemu dengannya.” Kata ‘A`ishah lagi: “Rasulullah s.a.w. apabila menyembelih kambing maka baginda bersabda, hantarkanlah kepada sahabat-sahabat Khadijah. Pada suatu hari saya marah kepada baginda lalu saya berkata, Khadijah? Baginda bersabda: “Sesungguhnya saya telah dikurniakan dengan cintanya.” (Muslim)

Rasulullah s.a.w. amat menyintai Khadijah. Walaupun beliau telah lama meninggal dunia, baginda menghantarkan makanan kepada sahabat-sahabat Khadijah. Ini menunjukkan bahawa baginda sangat berbudi kepada orang yang ada kaitan dengan isterinya.


Kesimpulan

Kehidupan Rasulullah s.a.w. menjadi contoh kepada kita dalam pelabagai lapangan kehidupan dan apa jua pekerjaan. Baginda menjadi suri teladan dan ikutan yang mulia lagi sempurna. Setiap aspek sirah dan perjalanan hidup baginda menggabungkan antara akhlak yang mulia, adat yang baik, keperibadian yang teguh, emosi yang sederhana dan kecenderungan yang seimbang dan tidak melencong daripada fitrah manusia.

Tidak kira siapa diri kita, status sosial kita, pekerjaan kita, di zaman mana kita hidup, di waktu mana kita berada, pagi atau petang, siang mahupun malam, di rumah atau di luar, pada perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. terdapat petunjuk yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat, cahaya yang menerangi kehidupan, dorongan yang sentiasa menyuntik semangat, peraturan yang meluruskan arah tujuan dan nasihat yang menenangkan gelora kebimbangan akan kehidupan duniawi

TAZKIRAH 3

MENGAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN.


Syaqiq Al-Balkha meriwayatkan, pada suatu hari Ibrahim Bin Adham seorang ulama sufi sedang menelusuri pasar Bashrah. Orang-orangpun berkerumun mengelilinginya ingin menanyakan masalah agama kepadanya. Mereka bertanya tentang firman Allah SWT; UD’UNI ASTAJIB LAKUM. (Berdo’alah kalian kepada-Ku, pasti Aku kabulkan). Mereka berkata; “Kami sudah cukup lama berdo’a, tapi do’a itu tidak terkabul juga.”

Mendengar penuturan mereka, Ibrahim Bin Adham berkata; “Hati kalian telah mati dari sepuluh hal, (1) Kalian meyakini Allah SWT, tapi kalian tidak menunaikan hak-hak-Nya, (2) Kalian membaca Kitab Allah, namun kalian tidak mengamalkannya, (3) Kalian mengaku memusuhi iblis, namun kalian mengikuti jejaknya, (4) Kalian mengaku mencintai Rasul, namun kalian meninggalkan ajaran dan sunnahnya, (5) Kalian mengaku mencintai syurga, namun kalian tidak beramal untuk syurga, (6) Kalian mengaku takut neraka, namun kalian tidak berhenti dari dosa, (7) Kalian mengaku bahwa maut pasti tiba, namun kalian tidak mempersiapkan diri, (8) Kalian sibuk membicarakan cela orang lain, namun kalian melupakan cela diri sendiri, (9) Kalian menikmati rezki Allah, namun kalian tidak mensyukurinya, (10) Kalian mengubur orang mati, namun kalian tidak mengambil pelajaran darinya.”

Demikianlah nasihat Ibrahim Bin Adham yang sarat dengan hikmah dan ilmu tentang pertanyaan yang sering kita ungkapkan sehubungan dengan doa-doa kita yang tidak terkabul. Dia memberikan satu pedoman berdoa yang menekankan bahwa dikabulkannya doa seseorang sangat dipengaruhi oleh akhlak dan amal solehnya sehari-hari

IZINKAN ABANG NIKAH SATU LAGI..

Buat insan bergelar suami...
.....................................

Izinkan abang nikah satu lagi..

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.
"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



---------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.