:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Baby Zara E Shop ::

Urusniaga secara ONLINE sahaja

Sebarang pertanyaan, sila hubungi /
SMS / Whatsapp ke 019-5525849 (Nursyafazillah Mohd Salleh)


EMAIL : assyifa251086@gmail.com


All items are READY STOCK !!!!

SERIOUS BUYER only !!!!


* HARGA YG TERTERA ADALAH NORMAL PRICE..SETIAP PEMBELIAN AKAN MENDAPAT HARGA DISKAUN....CPT2 ORDER YE..

Monday, May 11, 2009

MUTIARA KATA 1

1. Bersyukurlah kepada Allah Taala kerana dikurniakan kelebihan diri. Sekalipun sebenarnya
kita rasa kita tidak layak memilikinya.

2. Kelebihan yang ada pada diri anda adalah kurniaan Allah. Oleh itu mengapa anda harus membangga diri?

3. Berkongsilah nikmat dengan orang lain juga kirannya anda memperolehi harta, wang ringgit atau
sebagainya, agar memdapat keredhaan Illahi.

4. Ingatlah, kejayaan yang anda capai itu dari hasil pengorbanan dan dorongan orang-orang di keliling anda
seperti suami, ibu bapa, guru-guru atau pekerja bawahan.

5. Biasanya kejayaan itu ditempa dari ujian dan dugaan, bukannya nikmat seperti kata-kata pujian.
Umpama pohon yang subur yang selalu dicantas dan dibajai selalu dengan air limbahan, bukannya
ditaburi dengan gula!.

TAZKIRAH 4

AKHLAK RASULULLAH S.A.W. DALAM KEKELUARGAAN

Pendahuluan

Akhlak merujuk kepada sifat semula jadi, tabiat, adat, kebiasaan, keperibadian, gaya hidup individu atau kumpulan tertentu. Akhlak diperolehi sama dengan tabiat atau fitrah asal atau dicapaikan dengan latihan individu itu sendiri.

Rasulullah s.a.w. disifatkan oleh al-Qur`an sebagai berada di atas akhlak yang agung. Ini kerana baginda telah dididik sendiri oleh Allah s.w.t. dan al-Qur`an itu cerminan kepada akhlak Rasulullah s.a.w.

وَإِنَّكَ لَعَلَى خُلُقٍ عَظِيمٍ

Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia. (al-Qalam: 4)

هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Dia-lah yang telah mengutuskan di kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaan-Nya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-hukum Syara’). dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata. (al-Jumu’ah: 2)

Allah s.w.t. menjadikan tugas Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tazkiah kepada ummatnya dan ia tidak akan tercapai dengan perintah semata-mata bahkan baginda diperintahkan untuk mengamalkan dan melaksanakan ajaran-ajaran wahyu dalam kehidupan supaya baginda menjadi contoh yang sempurna bagi seruan baginda kepada ummatnya.

Sesuatu ajaran itu dikatakan sebagai terlalu ideal jika tidak ada sesiapapun yang dapat mempraktikkannya. Tetapi dengan adanya Rasulullah s.a.w. di kalangan umat dan segala berita dan riwayat tentang segala aspek kehidupan baginda telah dirakamkan dalam hadis-hadis, maka umat Islam mendapati satu contoh yang tidak hanya ideal tetapi realistik untuk diikuti. Atas sebab inilah Rasul-rasul Allah itu didatangkan sebagai manusia dan mereka itu mempunyai zuriat keturunan.

وَلَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلًا مِنْ قَبْلِكَ وَجَعَلْنَا لَهُمْ أَزْوَاجًا وَذُرِّيَّةً

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul sebelummu, dan Kami jadikan untuk mereka isteri-isteri dan zuriat keturunan. (al-Ra’d: 38)

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآَخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, Iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang). (al-Ahzab: 21)

Akhlak Rasulullah s.a.w. secara umum meliputi semua aspek kehidupan, masa dan tempat. Manakala akhlak Rasulullah s.a.w. dalam kekeluargaan merangkumi perkahwinan, persemendaan, kaum kerabat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya seperti anak angkat dan keluarga susuan.


Kepentingan Mengetahui dan menghayati Akhlak Rasulullah S.A.W. Dalam Kekeluargaan?

Akhlak merupakan buah atau hasil daripada keimanan kepada Allah s.w.t. Keimanan sempurna kepada Allah dan Hari Akhirat terpancar dalam kehidupan berakhlak terutamanya dengan orang yang paling hampir dengan diri sendiri.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ خُلُقًا

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang mu`min yang paling sempurna imannya ialah orang yang paling baik ahklaknya. Sebaik-baik kamu ialah orang yang paling akhlaknya kepada isterinya.” (al-Tirmizi)

Oleh kerana isterilah peribadi yang paling hampir dengan seseorang dan paling banyak bergaul dengannya, maka Rasulullah s.a.w. telah meletakkan satu standard bagi mu’min yang mempunyai akhlak mulia, iaitu hubungan baik dengan keluarga. Kesempurnaan akhlak diukur dengan melihat sejauh mana suami itu berakhlak dengan isterinya. Seseorang mungkin boleh berpura-pura di hadapan orang ramai tetapi dia tidak akan dapat menyembunyikan perangai buruknya di hadapan isteri.

Tujuan untuk mempelajari ilmu akhlak terutamanya akhlak kekeluargaan ialah untuk mengetahui kebaikan lalu melaksanakannya dan keburukan lalu dijauhi dan matlamat akhir sekali ialah untuk mencapai kebahagiaan. Kebahagian merupakan matlamat yang terpenting dicari oleh manusia. Pentafsiran kebahagiaan berbeza-beza mengikut kepelbagaian akidah dan pandangan alam yang dianuti seseorang. Sebagai seorang muslim pandangan alamnya itu pasti terarah kepada kebahagiaan yang sempurna merangkumi dunia dan akhirat. Ini berma’na, tujuan mengkaji sirah dan akhlak Rasulullah s.a.w. ialah dalam kekeluargaan ialah untuk mencapai kebahagiaan dalam rumahtangga.


Rasulullah s.a.w. bersungguh-sungguh dalam mengemukakan contoh kepada ummat melalui kehidupan berkeluarga yang dibentuknya, bermula dengan perkahwinannya dengan Khadijah sehingga baginda wafat. Keluarga yang dibentuk oleh baginda merupakan tapak tanaman bagi menumbuhkan nilai-nilai mulia. Kekeluargaan Islam dibina di atas paksi yang teguh dan kemas. Sesebuah masyarakat akan kuat apabila setiap keluarga yang berada di dalamnya itu berdiri di atas prinsip-prinsip akhlak yang mulia di samping mempunyai pertalian yang erat antara satu sama lain.

Sesetengah pihak seperti orientalis dan orang-orang Islam yang terpengaruh dengan mereka memahami dan mentafsirkan kehidupan keluarga Rasulullah berdasarkan kepada pengalaman mereka yang penuh tragedi. Pada Zaman Kegelapan, wanita Barat telah melalui ranjau yang berduri akibat daripada dominasi kaum lelaki yang keterlaluan.

Adalah satu kesalahan besar dan kejahilan yang jelek jika poligami yang dipraktikkan oleh baginda difahami sebagai memenuhi tuntutan syahwah haiwaniyyah semata-mata. Sedangkan pada hakikatnya, ada matlamat yang lebih besar dan utama yang hanya difahami oleh mereka yang memahami nas-nas al-Qur`an dan hadis serta realiti konteks da’wah baginda.

Secara umumnya, kehidupan kekeluargaan Rasulullah s.a.w. dapat dibahagikan kepada beberapa peringkat:
1. Zaman bujang sehinggalah baginda berkahwin dengan Khadijah.
2. Hidup dengan seorang isteri, Khadijah, antara umur 25 tahun hingga 53 tahun.
3. Berkahwin dengan lebih daripada seorang isteri, antara umur 55 tahun hingga 60 tahun.
4. Mengekalkan bilangan isteri yang ada iaitu ketika berumur 60 tahun sehingga menemui Allah s.w.t.

Poligami di zaman baginda merupakan sesuatu yang biasa diamalkan. Sekiranya baginda berkahwin semata-mata untuk memenuhi nafsu tentu di zaman muda lagi baginda berpoligami. Sebaliknya baginda hanya berpoligami setelah menjangkau usia 55, iaitu tidak lebih daripada sepuluh tahun daripada baki hayatnya. Peranan baginda ialah menentukan sifat poligami yang adil dan mendatangkan kemaslahatan kepada semua pihak. Ini dapat dilihat kepada tujuan perkahwinan baginda dengan setiap isterinya.

Hikmat Rasulullah S.A.W. Beristeri Ramai

Satu-satunya gadis yang dinikahi Rasulullah s.a.w. ialah ‘A`ishah. Perkahwinan baginda dengan ‘A`ishah bukan semata-mata keputusan baginda sendiri tetapi perintah daripada Allah s.w.t.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرِيتُكِ فِي الْمَنَامِ مَرَّتَيْنِ إِذَا رَجُلٌ يَحْمِلُكِ فِي سَرَقَةِ حَرِيرٍ فَيَقُولُ هَذِهِ امْرَأَتُكَ فَأَكْشِفُهَا فَإِذَا هِيَ أَنْتِ فَأَقُولُ إِنْ يَكُنْ هَذَا مِنْ عِنْدِ اللَّهِ يُمْضِهِ

Daripada ‘A`ishah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Saya telah bermimpi melihat kamu sebanyak dua kali, seorang lelaki membawa kamu dalam pakaian sutera lalu dia berkata, ini adalah isteri kamu, oleh itu singkapkan lah. (Apabila aku menyingkap) Rupa-rupanya kamu. Lalu saya pun berkata, jika ianya daripada Allah pasti Dia akan merealisasikannya.” (al-Bukhari, Muslim)

Faedah daripada perkahwinan ini dapat dilihat pada tugas dan tanggungjawabnya menerima ilmu secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Beliau memainkan peranan penting dalam penyebaran hadis-hadis Rasulullah s.a.w. dan mengajar kaum wanita. Malah beliau merupakan rujukan utama dalam fatwa di kalangan sahabat. Hal ini tentu sekali bersesuaian dengan beliau yang masih lagi anak muda ketika berkahwin dengan baginda dan tidak mempunyai anak.

Sementara Hafsah pula amat berperanan dalam penjagaan al-Qur`an. Oleh kerana itu, ketika penyalinan semula mushaf, Sayyidina ‘Uthman meminjam mushaf yang dimiliki Hafsah sebagai pegangan dalam melaksanakan tugas yang berat itu.

Perkahwinan dengan Ummu Habibah mempunyai implikasi yang besar dalam da’wah Rasulullah kepada bapanya, Abu Sufyan, seorang pemimpin Quraisy yang terkemuka. Beliau memimpin dan mengangkat panji peperangan menentang Rasulullah di peperangan Uhud dan Ahzab. Tetapi setelah perkahwinan baginda dengan anaknya, beliau tidak lagi memimpin kaumnya memerangi Rasulullah s.a.w. Bahkan tidak lama selepas itu, beliau pula berada di bawah panji Islam. (Sulaiman al-Mansufuri, Rahmatan Li al-‘Alamin, hal. 386)

Lihat pula perkahwinan baginda dengan Juwairiyyah binti al-Harith. Bapanya seorang pemimpin Bani Mustaliq dan mempunyai permusuhan yang kuat dengan Rasulullah s.a.w. Beliau dan kaumnya telah melakukan pakatan dengan Musyrikin Mekah dalam peprangan Ahzab. Juwairiyyah merupakan salah seorang tawanan yang ditahan sebagai hamba kemudian dimerdekakan sehingga menjadi isteri baginda. Dengan perkahwinan yang diberkati ini, sahabat telah memerdekakan kaum keluarga Juwairiyyah lain yang juga menjadi tahanan kerana tidak mahu melihat sanak saudara isteri Rasulullah s.a.w. menjadi hamba sahaya. Menurut satu riwayat, seratus orang ahli keluarga Juwairiyyah telah dimerdekakan selepas itu. (lihat Dr. Munir Ghadhaban, Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah, hal. 669)

Ulama menyimpulkan bahawa tujuan perkahwinan baginda itu mempunyai hikmat yang besar yang merangkumi sudut-sudut keilmuan, kemasyarakatan dan da’wah bukan kerana mahu berfoya-foya dengan wanita-wanita. Oleh kerana itulah, kebanyakan isteri baginda adalah anak-anak pemimpin dan anak-anak orang yang berpengaruh.

Calon Isteri Dan Menantu

Bagi menjamin keutuhan rumah tangga, kesejahteraan masyarakat dan kelangsungan perjuangan, pemilihan isteri atau menantu merupakan faktor yang amat penting. Akhlak Rasulullah s.a.w. dalam pembentukan keluarga dapat dilihat dengan jelas ketika baginda berkahwin dan juga mencari suami untuk anak-anaknya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya: “Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara, kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agama. Maka pilih yang beragama pasti kamu memperolehi keuntungan yang besar.” (al-Bukhari, Muslim)


Abu Al-‘Ash Bin Al-Rabi’ Menantu Pertama Rasulullah S.A.W.

Beliau merupakan suami kepada Zainab binti Rasulullah s.a.w. Ibu beliau Halah binti Khuwailid, saudara perempuan Khadijah. Oleh kerana terkenal dengan sifat amanah, jujur dan pemurah, beliau juga digelar dengan al-amin seperti mana gelaran yang diberikan kepada mertuanya. Baginda memujinya kerana kesetiannya kepada isterinya walaupun terpisah daripada Zainab, beliau tidak pernah berkahwin dengan mana-mana wanita. Apabila beliau memeluk Islam, Rasulullah s.a.w. mengembalikan Zainab kepadanya dengan perkahwinan yang terdahulu.

Diriwayatkan daripada Miswar bin Makhramah katanya,

فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَمِعْتُهُ حِينَ تَشَهَّدَ يَقُولُ أَمَّا بَعْدُ أَنْكَحْتُ أَبَا الْعَاصِ بْنَ الرَّبِيعِ فَحَدَّثَنِي وَصَدَقَنِي

Lalu Rasulullah s.a.w. berdiri dan saya mendengar baginda bersabda setelah membaca syahadah: Amma ba’d, saya telah mengahwinkan Abu al-‘Ash bin al-Rabi’, beliau telah berjanji dengan saya dan menunaikan janjinya. (al-Bukhari, Muslim)

Bagaimana Rasulullah Meminang Untuk Orang Kesayangannya, Usamah Bin Zaid?

Allah s.w.t. berfirman berhubungan tentang peminangan perempuan masih dalam idah:

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُمْ بِهِ مِنْ خِطْبَةِ النِّسَاءِ أَوْ أَكْنَنْتُمْ فِي أَنْفُسِكُمْ عَلِمَ اللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَكِنْ لَا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّا أَنْ تَقُولُوا قَوْلًا مَعْرُوفًا وَلَا تَعْزِمُوا عُقْدَةَ النِّكَاحِ حَتَّى يَبْلُغَ الْكِتَابُ أَجَلَهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِي أَنْفُسِكُمْ فَاحْذَرُوهُ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (secara sindiran), untuk meminang perempuan (yang kematian suami dan masih dalam idah), atau tentang kamu menyimpan dalam hati (keinginan berkahwin dengan mereka). Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati) mereka, (yang demikian itu tidaklah salah), akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (secara sindiran) yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (hendak melakukan) akad nikah sebelum habis idah yang ditetapkan itu. dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaan-Nya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Penyabar. (al-Baqarah: 235)

Perintah yang terkandung dalam ayat ini dapat dilihat perlaksanaannya oleh Rasulullah s.a.w., apabila baginda sendiri secara kiasan melamar isteri untuk anak kepada anak angkat baginda, iaitu Usamah bin Zaid bin Harithah.

Ketika Fatimah binti Qais diceraikan tiga talak oleh suaminya, Rasulullah s.a.w. telah mengisyaratkan peminangannya untuk Usamah secara sindiran. Imam Muslim meriwayatkan bahawa:

وَأَرْسَلَ إِلَيْهَا أَنْ لَا تَسْبِقِينِي بِنَفْسِكِ

Rasulullah s.a.w. telah menghantar seseorang kepadanya untuk menyampaikan pesanannya dengan sabdanya, janganlah kamu mendahuluiku dalam keputusanmu.

فَلَمَّا مَضَتْ عِدَّتُهَا أَنْكَحَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُسَامَةَ بْنَ زَيْدِ بْنِ حَارِثَةَ

Setelah habis iddahnya Rasulullah s.a.w. mengahwinkannya dengan Usamah bin Zaid bin Harithah. (Muslim)


Rasulullah Melamar Hafsah

سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يُحَدِّثُ أَنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ حِينَ تَأَيَّمَتْ حَفْصَةُ قَالَ عُمَرُ لَقِيتُ أَبَا بَكْرٍ فَقُلْتُ إِنْ شِئْتَ أَنْكَحْتُكَ حَفْصَةَ بِنْتَ عُمَرَ فَلَبِثْتُ لَيَالِيَ ثُمَّ خَطَبَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَقِيَنِي أَبُو بَكْرٍ فَقَالَ إِنَّهُ لَمْ يَمْنَعْنِي أَنْ أَرْجِعَ إِلَيْكَ فِيمَا عَرَضْتَ إِلَّا أَنِّي قَدْ عَلِمْتُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ ذَكَرَهَا فَلَمْ أَكُنْ لِأُفْشِيَ سِرَّ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَوْ تَرَكَهَا لَقَبِلْتُهَا

Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa ketika Hafsah menjadi janda, ‘Umar bin al-Khattab berkata: “Saya bertemu dengan Abu Bakar dan saya berkata kepadanya, jika kamu mahu saya kahwinkan kamu dengan Hafsah. Kemudian saya tunggu beberapa hari kemudian Rasulullah s.a.w. meminangnya. Selepas itu Abu Bakar menemui saya lantas berkata: “Sesungguhnya tidak ada yang menghalangku daripada memberi jawapan kepada tawaran kamu kepadaku melainkan saya telahpun mengetahui bahawa Rasulullah s.a.w. telah menyebutkan tentang Hafsah dan saya sekali-kali tidak akan membuka rahsia Rasulullah s.a.w. Kalau baginda tidak meminangnya pasti saya akan menerimanya. (al-Bukhari)

Dalam hadis ini, Rasulullah s.a.w. menyatakan hasratnya untuk melamar Hafsah kepada Abu Bakar yang merupakan mertuanya.


Mahar Rasulullah S.A.W. Kepada Isteri-Isterinya

Mahar merupakan pemberian wajib kepada isteri sebagai tanda komitmen suami untuk hidup dengan isterinya. Rasulullah s.a.w. memberi contoh bagaimana mahar sepatutnya diberikan kepada isteri. Tidak terlalu mahal dan tidak pula terlalu rendah.

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمْ كَانَ صَدَاقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ كَانَ صَدَاقُهُ لِأَزْوَاجِهِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ أُوقِيَّةً وَنَشًّا قَالَتْ أَتَدْرِي مَا النَّشُّ قَالَ قُلْتُ لَا قَالَتْ نِصْفُ أُوقِيَّةٍ فَتِلْكَ خَمْسُ مِائَةِ دِرْهَمٍ فَهَذَا صَدَاقُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَزْوَاجِهِ

Dari Abu Salamah bin Abdul Rahman bahawa katanya saya bertanya ‘A`ishah, isteri Rasulullah: “Berapakah mahar yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w.?” ‘A`ishah menjawab: “Mahar yang diberikan kepada isteri-isterinya adalah 12 uqiyah dan satu nasy.” ‘A`ishah bertanya: “Tahukah kamu apakah nasy.” Saya berkata: “Tidak.” Beliau berkata: “Separuh uqiyah. Itulah 500 dirham. Inilah mahar yang diberikan baginda kepada isteri-isterinya.” (Muslim)


Begitu juga dengan mahar yang diberikan kepada anak baginda.

عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ لَمَّا تَزَوَّجَ عَلِيٌّ فَاطِمَةَ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَعْطِهَا شَيْئًا قَالَ مَا عِنْدِي شَيْءٌ قَالَ أَيْنَ دِرْعُكَ الْحُطَمِيَّةُ

Daripada Ibn ‘Abbas katanya ketika ‘Ali mengahwini Fatimah, Rasulullah s.a.w. berkata kepadanya: “Berikanlah kepada Fatimah sesuatu.” ‘Ali menjawab: “Tidak ada apa-apa pada saya untuk diberikan. Baginda bersabda: “Di manakah baju besi kamu al-Hutamiyyah? (Abu Daud, al-Nasa`i)


Rasulullah s.a.w. tidak mahu membebankan umatnya dengan menetapkan mahar yang tinggi. Malah untuk anaknya sendiri baginda memberikan peluang kepada ‘Ali untuk memberikan mahar mengikut kemampuannya. Malah Rasulullah s.a.w. menggalakkan umatnya supaya berlapang dada dalam soal mahar dan memberi jaminan bahawa keberkatan perkahwinan itu bergantung kepada kemudahan yang diberikan kepada suami untuk menyerahkan mahar mengikut apa yang mudah kepadanya.

عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ مِنْ يُمْنِ الْمَرْأَةِ تَيْسِيرَ خِطْبَتِهَا وَتَيْسِيرَ صَدَاقِهَا وَتَيْسِيرَ رَحِمِهَا

Daripada ‘A`ishah bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya di antara keberkatan perempuan ialah mudah peminangannya, mudah maharnya dan mudah rahimnya.” (Ahmad, Ibn Hibban, al-Baihaqi)


Akhlak Rasulullah s.a.w. dalam memberikan mahar dengan kadar yang mudah kemudiannya ditekankan ‘Umar bin al-Khattab di zaman pemerintahannya.

عَنْ أَبِي الْعَجْفَاءِ السُّلَمِيِّ قَالَ خَطَبَنَا عُمَرُ رَحِمَهُ اللَّهُ فَقَالَ أَلَا لَا تُغَالُوا بِصُدُقِ النِّسَاءِ فَإِنَّهَا لَوْ كَانَتْ مَكْرُمَةً فِي الدُّنْيَا أَوْ تَقْوَى عِنْدَ اللَّهِ لَكَانَ أَوْلَاكُمْ بِهَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَصْدَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ امْرَأَةً مِنْ نِسَائِهِ وَلَا أُصْدِقَتْ امْرَأَةٌ مِنْ بَنَاتِهِ أَكْثَرَ مِنْ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ أُوقِيَّةً

Daripada Abi al-‘Ajfa` katanya, ‘Umar bin al-Khattab telah berkhutbah di hadapan kami, beliau berkata: “Janganlah kamu meletakkan mahar yang tinggi. Sesungguhnya jika itu satu kemulian di dunia atau ketaqwaan kepada Allah tentu Rasulullah s.a.w. terlebih dahulu meletakan mas kahwin yang mahal. Baginda tidak memberi mahar kepada seorang pun daripada isterinya lebih daripada 12 uqiah.” (al-Nasa`i, Abu Daud)

Doa Untuk Pengantin

Rasulullah s.a.w. juga berdoa untuk pengantin supaya mereka perolehi keberkatan dan kebahagian.
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى عَلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَوْفٍ أَثَرَ صُفْرَةٍ قَالَ مَا هَذَا قَالَ إِنِّي تَزَوَّجْتُ امْرَأَةً عَلَى وَزْنِ نَوَاةٍ مِنْ ذَهَبٍ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

Daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. telah melihat pada ‘Abdul Rahman kesan kekuningan. Baginda bersabda, apakah ini? ‘Abdul Rahman menjawab: Saya telahpun berkahwin dengan seorang perempuan dengan mahar seberat nuwah emas. Rasulullah s.a.w. bersabda: Semoga Allah memberkati kamu. Buatlah walimah walaupun dengan seekor kambing. (al-Bukhari, Muslim)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَّأَ الْإِنْسَانَ إِذَا تَزَوَّجَ قَالَ بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْنَكُمَا فِي خَيْرٍ

Daripada Abu Hurairah bahawa apabila Rasulullah s.a.w. mengucapkan taniah kepada seseorang yang berkahwin baginda mendoakan: “Semoga Allah memberikan keberkatan kepada kamu dan keberkatan yang melimpah ke atas kamu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan.” (Abu Daud, Ibn Majah)


Perhubungan Yang Baik Dan Mesra


وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ فَإِنْ كَرِهْتُمُوهُنَّ فَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا

Dan bergaulah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). (al-Nisa`: 19)

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَفْرَكْ مُؤْمِنٌ مُؤْمِنَةً إِنْ كَرِهَ مِنْهَا خُلُقًا رَضِيَ مِنْهَا آخَرَ

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah seorang mu`min itu membenci perempuan mu`min (isterinya). Jika dia membenci sesuatu perilaku padanya maka dia akan redha dengan perilaku yang lain padanya.” (Muslim)

Hadis ini melarang kita membenci isteri secara mutlak. Sebaliknya sebagai suami, kita hendaklah sentiasa mengingati kebaikan isteri agar kita memperolehi kesejahteraan dan kebahagiaan padanya.

Selain itu, Rasulullah s.a.w. menegaskan kepada ummatnya bahawa ibadat kepada Allah s.w.t. tidaklah menghalang seseorang daripada bermesraan dengan isteri.

عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبَّلَ بَعْضَ نِسَائِهِ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ قُلْتُ مَا هِيَ إِلَّا أَنْتِ فَضَحِكَتْ

Daripada ‘Urwah daripada ‘A`isyah bahawa Rasulullah s.a.w. mencium salah seorang isterinya kemudian baginda keluar untuk menunaikan sembahyang tanpa mengambil wudu`. Saya berkata: “Siapa lagi dia kalau bukan mak cik?” Kata ‘Urwah: “ ‘A`isyah pun ketawa.” (Ibn Majah)

عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ أَنَّهُ سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُقَبِّلُ الصَّائِمُ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَلْ هَذِهِ لِأُمِّ سَلَمَةَ فَأَخْبَرَتْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُ ذَلِكَ

Daripada ‘Umar bin Abi Salamah bahawa dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w.: “Adakah seseorang yang berpuasa itu boleh berkucupan. Baginda bersabda kepadanya: “Tanyalah perkara ini kepada Ummu Salamah.” Maka Ummu Salamah menceritakan bahawa Rasulullah melakukan demikian. (Muslim)

Hadis ini menunjukkan bahawa kemesraan antara suami isteri tetap ada walaupun dalam keadaan berpuasa.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَشْرَبُ وَأَنَا حَائِضٌ ثُمَّ أُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ فَيَشْرَبُ وَأَتَعَرَّقُ الْعَرْقَ وَأَنَا حَائِضٌ ثُمَّ أُنَاوِلُهُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَيَضَعُ فَاهُ عَلَى مَوْضِعِ فِيَّ

Daripada ‘A`ishah katanya: “Saya sedang minum air, pada ketika itu saya mengalami haidh. Saya menghulurkan kepada baginda (bekas air) lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat bekas mulut saya. Saya menggigit tulang yang berdaging, pada ketika itu saya juga mengalami haidh. Saya menghulurkan kepada baginda (tulang yang berdaging itu) lalu baginda meletakkan mulutnya pada tempat bekas mulut saya.” (Muslim, al-Nasa`i)


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ مِنْ قَدَحٍ يُقَالُ لَهُ الْفَرَقُ

Daripada ‘A`ishah katanya: “Saya mandi bersama-sama Rasulullah dari bekas yang sama yang dipanggil al-faraq.” (al-Bukhari, Muslim)


Makan minum, tidak cerewet

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ مَا عَابَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَعَامًا قَطُّ إِنْ اشْتَهَاهُ أَكَلَهُ وَإِلَّا تَرَكَهُ

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah mencela makanan. Sekiranya baginda berselera baginda makan, jika tidak baginda tidak memakannya. (al-Bukhari, Muslim)


Jika seseorang itu mencela makanan yang dihidangkan kepadanya maka tentu sekali itu akan menyakiti tuannya yang mendengar. Ini jika dilihat dari sudut orang membawa makanan. Tetapi sebenarnya pemberi rezki yang mutlak ialah Allah s.w.t. Ini berma’na mencela makanan termasuk dalam kebiadapan terhadap Allah s.w.t. (Lihat Ibn al-Battal, Syarh al-Bukhari, jil. 9, hal. 478)

عَنْ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ يَا عَائِشَةُ هَلْ عِنْدَكُمْ شَيْءٌ قَالَتْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا عِنْدَنَا شَيْءٌ قَالَ فَإِنِّي صَائِمٌ

Daripada ‘A`ishah katanya, pada suatu hari, Rasulullah s.a.w. bertanya kepada saya, wahai ‘A`ishah, adakah ada sesuatu pada kamu (untuk dimakan)? Beliau berkata, saya menjawab, wahai Rasulullah s.a.w. tidak ada sesuatupun pada kami. Baginda bersabda: Kalau begitu, saya berpuasa. (Muslim)


Menjaga kebersihan diri


عَنْ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ قُلْتُ بِأَيِّ شَيْءٍ كَانَ يَبْدَأُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ بَيْتَهُ قَالَتْ بِالسِّوَاكِ

Daripada al-Miqdam bin Syuraih daripada ayahnya, katanya, saya bertanya ‘A`ishah: “Apakah yang dimulakan oleh Rasulullah s.a.w. apabila memasuki rumahnya? Beliau menjawab: “Menggosok gigi.” (Muslim)


Oleh kerana komunikasi antara suami isteri dalam jarak yang dekat maka wajarlah mereka berdua menjaga kebersihan diri terutamanya mulut yang mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan.

Begitu juga pada waktu malam baginda mengambil berat tentang kebersihan mulut ya’ni apabila bangun untuk bertahajjud.

عَنْ حُذَيْفَةَ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يَشُوصُ فَاهُ بِالسِّوَاكِ

Daripada Huzaifah katanya, Rasulullah s.a.w. apabila bangun pada waktu malam maka baginda akan menggosok gigiknya dengan siwak. (al-Bukhari, Muslim)


Membantu Keluarga

Tugas kerasulan dan mentadbir negara tidaklah menghalang baginda daripada membantu isterinya melakukan kerja-kerja rumah. Pertolongan seperti ini tentu sekali akan mendatang banyak faedah kepada suami isteri.

عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَأَلَ رَجُلٌ عَائِشَةَ هَلْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْمَلُ فِي بَيْتِهِ شَيْئًا قَالَتْ نَعَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْصِفُ نَعْلَهُ وَيَخِيطُ ثَوْبَهُ وَيَعْمَلُ فِي بَيْتِهِ كَمَا يَعْمَلُ أَحَدُكُمْ فِي بَيْتِهِ

Daripada Hisyam bin ‘Urwah daripada ayahnya, katanya seorang lelaki bertanya ‘A`ishah: :Adakah Rasulullah s.a.w. mengerjakan sesuatu di rumahnya?” ‘A`ishah menjawab: “Ya. Rasulullah s.a.w. membaiki kasutnya, menjahit pakaiannya, membuat kerja di rumah sebagaimana seorang daripada kamu membuat kerja.” (Ahmad, al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad)


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ سُئِلْتُ مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْمَلُ فِي بَيْتِهِ قَالَتْ كَانَ بَشَرًا مِنْ الْبَشَرِ يَفْلِي ثَوْبَهُ وَيَحْلُبُ شَاتَهُ وَيَخْدُمُ نَفْسَهُ

Daripada ‘A`ishah katanya, saya ditanya adakah Rasulullah s.a.w. melakukan kerja di rumahnya? Beliau menjawab: “Baginda manusia biasa, baginda mencuci pakaiannya, memerah susu kambing dan melakukan khidmat diri.” (Ahmad)


Bersama Anak: Azan Untuk Bayi

عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَذَّنَ فِي أُذُنِ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ حِينَ وَلَدَتْهُ فَاطِمَةُ بِالصَّلَاةِ

Daripada ‘Ubaidullah bin Abi Rafi’ daripada ayahnya katanya, saya melihat Rasulullah s.a.w. mengazankan pada telinga Hasan bin ‘Ali ketika Fatimah melahirkannya. (Abu Daud, al-Tirmizi)

Ibn al-Qayyim berkata: “Rahsia azan dan iqamat ialah hendaklah perkara pertama yang mengetuk pendengaran manusia ialah kalimah-kalimah seruan azan yang tinggi yang mengandungi kebesaran Allah s.w.t. dan keagungan-Nya, dan persaksian dengan dua kalimah syahadah yang merupakan perkara pertama apabila memeluk Islam. Maka pengajaran itu merupakan syiar Islam ketika dia masuk ke alam dunia sebagaimana ditalqinkan kalimah tauhid ketika keluarnya dia dari dunia ini. Dan tidak dinafikan sampainya kesan azan pada hatinya dan hati itu menerima kesannya, sekalipun tidak dirasai.” (Ibn al-Qayyim,Tuhfah al-Wadud, hal. 31)

Memang diketahui berdasarkan kepada riwayat-riwayat yang sahih bahawa syaitan lari apabila mendengar azan. Ini berma’na, syaitan juga lari mendengar azan apabila ia dialunkan di awal kedatangan manusia ke dunia. Ini menunjukkan betapa Rasulullah s.a.w. menekankan ajaran tauhid dan mengusir syaitan pada permulaan kehidupan bayi yang baru dilahirkan.


Mencium Anak-Anak

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ جَاءَ أَعْرَابِيٌّ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ تُقَبِّلُونَ الصِّبْيَانَ فَمَا نُقَبِّلُهُمْ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَأَمْلِكُ لَكَ أَنْ نَزَعَ اللَّهُ مِنْ قَلْبِكَ الرَّحْمَةَ

Daripada ‘A`ishah katanya seorang badwi datang menemui Rasulullah s.a.w. seraya bertanya: “Kamu mencium anak-anak? Kami tidak mencium mereka.” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apakah aku akan dapat menolong kamu jika Allah mencabut daripada hati kamu sifat rahmat?” (al-Bukhari, Muslim)

Ini menunjukkan bahawa Rasulullah s.a.w. tidak berkenan kepada orang yang kasar dan tidak menunjukkan sifat sayang dan mesra kepada anak-anak. Berdasarkan kepada hadis ini, baginda mahu mengubah kebiasaan orang badwi yang tidak begitu mesra dengan anak-anak.


Mendidik Anak Dengan Nilai Akhirat

Rasulullah s.a.w. memberi pendidikan dengan sebaik-baik pelajaran iaitu tidak mementingkan kesenangan dunia malah mengutamakan kehidupan akhirat. Ini dapat dilihat kepada sikap baginda ketika anak kesayangannya meminta seorang pembantu rumah.

عَنْ عَليٍّ أَنَّ فَاطِمَةَ عَلَيْهِمَا السَّلَام أَتَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَشْكُو إِلَيْهِ مَا تَلْقَى فِي يَدِهَا مِنْ الرَّحَى وَبَلَغَهَا أَنَّهُ جَاءَهُ رَقِيقٌ فَلَمْ تُصَادِفْهُ فَذَكَرَتْ ذَلِكَ لِعَائِشَةَ فَلَمَّا جَاءَ أَخْبَرَتْهُ عَائِشَةُ قَالَ فَجَاءَنَا وَقَدْ أَخَذْنَا مَضَاجِعَنَا فَذَهَبْنَا نَقُومُ فَقَالَ عَلَى مَكَانِكُمَا فَجَاءَ فَقَعَدَ بَيْنَنَا حَتَّى وَجَدْتُ بَرْدَ قَدَمَيْهِ عَلَى بَطْنِي فَقَالَ أَلَا أَدُلُّكُمَا عَلَى خَيْرٍ مِمَّا سَأَلْتُمَا إِذَا أَخَذْتُمَا مَضَاجِعَكُمَا أَوْ أَوَيْتُمَا إِلَى فِرَاشِكُمَا فَسَبِّحَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَاحْمَدَا ثَلَاثًا وَثَلَاثِينَ وَكَبِّرَا أَرْبَعًا وَثَلَاثِينَ فَهُوَ خَيْرٌ لَكُمَا مِنْ خَادِمٍ

Daripada Sayyidina ‘Ali bahawa Fatimah telah datang menemui Rasulullah s.a.w. mengadu tentang tangannya akibat kisaran yang digunakannya dan beliau mendapat tahu sampai kepada baginda seorang hamba. Pada waktu itu, Fatimah tidak dapat menemui Rasulullah s.a.w. lalu Fatimah menyebutkan perkara itu kepada ‘A`ishah. Tatkala Rasulullah s.a.w. datang ‘A`ishah menceritakan kepada baginda lalu baginda datang menemui ketika kami hampir masuk tidur. Kamu mahu bangun tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu berdua berada di tempat masing-masing.” Bagindapun duduk di antara kami berdua sehingga saya merasakan sejuk pada dua tapak kakinya pada perut saya seraya bersabda: “Tidakkah kamu berdua mahu jika aku menunjukkan kepada kamu berdua sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Apabila kamu berdua pergi ke tempat tidur atau tempat pembaringan maka bertasbihlah 33 kali, bertahmidlah 33 kali dan bertakbirlah 34 kali. Itu lebih baik kepada kamu berdua daripada seorang khadam.” (al-Bukhari, Muslim)


Liku-Liku Rumah Tangga

Perasaan cemburu tidak dapat dielakkan kehidupan rumahtangga terutama apabila mempunyai isteri lebih dari seorang. Ia merupakan sifat semula jadi yang ada pada setiap orang dan sangat diperlukan dengan kadar yang sewajarnya tetapi tidak boleh keterlaluan bagi menjamin kerukunan rumahtangga.

عَنْ أَنَسٍ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عِنْدَ بَعْضِ نِسَائِهِ فَأَرْسَلَتْ إِحْدَى أُمَّهَاتِ الْمُؤْمِنِينَ بِصَحْفَةٍ فِيهَا طَعَامٌ فَضَرَبَتْ الَّتِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِهَا يَدَ الْخَادِمِ فَسَقَطَتْ الصَّحْفَةُ فَانْفَلَقَتْ فَجَمَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِلَقَ الصَّحْفَةِ ثُمَّ جَعَلَ يَجْمَعُ فِيهَا الطَّعَامَ الَّذِي كَانَ فِي الصَّحْفَةِ وَيَقُولُ غَارَتْ أُمُّكُمْ ثُمَّ حَبَسَ الْخَادِمَ حَتَّى أُتِيَ بِصَحْفَةٍ مِنْ عِنْدِ الَّتِي هُوَ فِي بَيْتِهَا فَدَفَعَ الصَّحْفَةَ الصَّحِيحَةَ إِلَى الَّتِي كُسِرَتْ صَحْفَتُهَا وَأَمْسَكَ الْمَكْسُورَةَ فِي بَيْتِ الَّتِي كَسَرَتْ

Daripada Anas katanya, Rasulullah s.a.w. berada di salah sebuah rumah isterinya (ya’ni pada gilirannya), kemudian salah seorang Ummul mu`minin telah menghantar sepinggan makanan lalu isteri yang giliran Rasulullah s.a.w. di rumahnya memukul tangan pembantu maka pinggan itu jatuh terbelah. Rasulullah s.a.w. mengutip pecahan dan mula mengumpulkan makanan yang ada pada pinggan itu sambil bersabda: (Tidak mengapa) “Ibu kamu telah cemburu.” Kemudian baginda menahan pembantu itu sehingga diberikan pinggan kepunyaan isterinya yang memiliki giliran pada hari itu lalu menyerahkan pinggan yang elok kepada tuan punya pinggan yang telah dipecahkan dan menyimpan pinggan yang pecah di rumah isterinya yang memecahkannya. (al-Bukhari)

Rasulullah s.a.w. memohon maaf bagi pihak isterinya supaya tidak timbul prasangka buruk terhadap isteri baginda bahkan itu berlaku sebagai asam garam kehidupan orang yang bermadu yang tidak sunyi daripada sifat cemburu. Sebagai suami baginda menunjukkan kesabarannya dan tidak timbul tanda-tanda kemarahan di wajah baginda.


Bilakah Dan Bagaimana Harus Memukul Isteri

Walaupun memukul isteri itu harus dengan syaratnya namun Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengangkat tangannya untuk memukul isterinya.

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ مَا ضَرَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَيْئًا قَطُّ بِيَدِهِ وَلَا امْرَأَةً وَلَا خَادِمًا إِلَّا أَنْ يُجَاهِدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ

Daripada ‘A`ishah katanya, Rasulullah s.a.w. tidak pernah memukul sesuatupun dengan tangannya, tidak juga perempuan dan tidak juga pembantunya kecuali berjihad di jalan Allah. (Muslim)

Oleh sebab itu, baginda melarang seseorang itu memukul isteri sehingga mencederakannya. Amatlah tercela jika di siang hari suami membelesah isterinya tiba-tiba di malam hari, dia datang mencari isterinya di tempat tidur. Memukul isteri bukan usaha yang pertama untuk membaiki akhlak isteri. Ia hanyalah dibenarkan setelah nasihat dan pengasingan tempat tidur tidak berkesan. Pukulan yang dibenarkan ialah pukulan yang tidak mencederakan dan hendak dijauhi pukulan pada wajah.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَمْعَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَجْلِدُ أَحَدُكُمْ امْرَأَتَهُ جَلْدَ الْعَبْدِ ثُمَّ يُجَامِعُهَا فِي آخِرِ الْيَوْمِ

Daripada ‘Abdullah bin Zam’ah daripada Rasulullah s.a.w. bersabda: “Janganlah seseorang itu memukul isterinya seperti dia memukul hambanya kemudian menyetubuhinya pula di akhir hari.” (al-Bukhari, Muslim)







Cinta Kepada Isteri Tetap Ditunjukkan Walaupun Setelah Ketiadaannya

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ مَا غِرْتُ عَلَى نِسَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا عَلَى خَدِيجَةَ وَإِنِّي لَمْ أُدْرِكْهَا قَالَتْ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا ذَبَحَ الشَّاةَ فَيَقُولُ أَرْسِلُوا بِهَا إِلَى أَصْدِقَاءِ خَدِيجَةَ قَالَتْ فَأَغْضَبْتُهُ يَوْمًا فَقُلْتُ خَدِيجَةَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنِّي قَدْ رُزِقْتُ حُبَّهَا

Daripada ‘A`ishah katanya: “Saya tidak pernah berasa cemburu kepada mana-mana isteri Rasulullah s.a.w. seperti yang saya cemburu kepada Khadijah walaupun saya tidak sempat betrtemu dengannya.” Kata ‘A`ishah lagi: “Rasulullah s.a.w. apabila menyembelih kambing maka baginda bersabda, hantarkanlah kepada sahabat-sahabat Khadijah. Pada suatu hari saya marah kepada baginda lalu saya berkata, Khadijah? Baginda bersabda: “Sesungguhnya saya telah dikurniakan dengan cintanya.” (Muslim)

Rasulullah s.a.w. amat menyintai Khadijah. Walaupun beliau telah lama meninggal dunia, baginda menghantarkan makanan kepada sahabat-sahabat Khadijah. Ini menunjukkan bahawa baginda sangat berbudi kepada orang yang ada kaitan dengan isterinya.


Kesimpulan

Kehidupan Rasulullah s.a.w. menjadi contoh kepada kita dalam pelabagai lapangan kehidupan dan apa jua pekerjaan. Baginda menjadi suri teladan dan ikutan yang mulia lagi sempurna. Setiap aspek sirah dan perjalanan hidup baginda menggabungkan antara akhlak yang mulia, adat yang baik, keperibadian yang teguh, emosi yang sederhana dan kecenderungan yang seimbang dan tidak melencong daripada fitrah manusia.

Tidak kira siapa diri kita, status sosial kita, pekerjaan kita, di zaman mana kita hidup, di waktu mana kita berada, pagi atau petang, siang mahupun malam, di rumah atau di luar, pada perjalanan hidup Rasulullah s.a.w. terdapat petunjuk yang membawa kepada kebahagiaan di dunia dan akhirat, cahaya yang menerangi kehidupan, dorongan yang sentiasa menyuntik semangat, peraturan yang meluruskan arah tujuan dan nasihat yang menenangkan gelora kebimbangan akan kehidupan duniawi

TAZKIRAH 3

MENGAPA DOA TIDAK DIMAKBULKAN.


Syaqiq Al-Balkha meriwayatkan, pada suatu hari Ibrahim Bin Adham seorang ulama sufi sedang menelusuri pasar Bashrah. Orang-orangpun berkerumun mengelilinginya ingin menanyakan masalah agama kepadanya. Mereka bertanya tentang firman Allah SWT; UD’UNI ASTAJIB LAKUM. (Berdo’alah kalian kepada-Ku, pasti Aku kabulkan). Mereka berkata; “Kami sudah cukup lama berdo’a, tapi do’a itu tidak terkabul juga.”

Mendengar penuturan mereka, Ibrahim Bin Adham berkata; “Hati kalian telah mati dari sepuluh hal, (1) Kalian meyakini Allah SWT, tapi kalian tidak menunaikan hak-hak-Nya, (2) Kalian membaca Kitab Allah, namun kalian tidak mengamalkannya, (3) Kalian mengaku memusuhi iblis, namun kalian mengikuti jejaknya, (4) Kalian mengaku mencintai Rasul, namun kalian meninggalkan ajaran dan sunnahnya, (5) Kalian mengaku mencintai syurga, namun kalian tidak beramal untuk syurga, (6) Kalian mengaku takut neraka, namun kalian tidak berhenti dari dosa, (7) Kalian mengaku bahwa maut pasti tiba, namun kalian tidak mempersiapkan diri, (8) Kalian sibuk membicarakan cela orang lain, namun kalian melupakan cela diri sendiri, (9) Kalian menikmati rezki Allah, namun kalian tidak mensyukurinya, (10) Kalian mengubur orang mati, namun kalian tidak mengambil pelajaran darinya.”

Demikianlah nasihat Ibrahim Bin Adham yang sarat dengan hikmah dan ilmu tentang pertanyaan yang sering kita ungkapkan sehubungan dengan doa-doa kita yang tidak terkabul. Dia memberikan satu pedoman berdoa yang menekankan bahwa dikabulkannya doa seseorang sangat dipengaruhi oleh akhlak dan amal solehnya sehari-hari

IZINKAN ABANG NIKAH SATU LAGI..

Buat insan bergelar suami...
.....................................

Izinkan abang nikah satu lagi..

"Sayang, Abang minta izin untuk nikah sorang lagi," Aliyah yang sedang melipat kain, terdiam seketika. Mungkin terkedu. Adakah pendengarannya kian kabur lantaran usianya yang kian beranjak. Adakah dialog tadi hanya dilafazkan di dalam TV, sementelah TV juga dipasang. Tapi, ahh bukanlah.
TV sedang menayangkan iklan Sunsilk, mustahil sudah ada siri baru iklan Sunsilk?

Dia menghela nafas panjang.

Dia memandang sekali imbas wajah Asraf Mukmin, kemudian tersenyum. Meletakkan kain yang telah siap dilipat di tepi, bangun lantas menuju ke dapur. Langkahnya diatur tenang. Segelas air sejuk diteguk perlahan. Kemudian dia ke bilik Balqis, Sumayyah, Fatimah. Rutin hariannya, mencium puteri-puterinya sebelum dia masuk tidur. Dahulu, semasa puterinya kecil lagi, rutin itu dilakukan dengan suaminya. Kini, anak-anak kian beranjak remaja. Kemudian, dia menjenguk bilik putera bujangnya yang berdua, si kembar, Solehin dan Farihin. Pengabisannya dia kembali kepada suaminya.

Asraf Mukmin hanya diam, membatu diri. Dia amat mengenali isterinya. Jodoh yang diatur keluarga hampir 16 tahun yang lepas menghadiahkan dia sebuah keluarga yang bahagia, Aliyah adalah ikon isteri solehah. Namun, kehadiran Qistina, gadis genit yang menjawat jawatan pembantu tadbir kesetiausahaan di jabatannya benar-benar membuatkan dia lemah.

"Kau mampu Asraf, dengan gaji kau, aku rasa kau mampu untuk beri makan 2 keluarga," sokongan Hanif, teman sepejabat menguatkan lagi hujah apabila dia berdepan dengan Aliyah.

" Abang Asraf, Qis tak kisah. Qis sanggup bermadu jika itu yang ditakdirkan. Bimbinglah Qis, Qis perlukan seseorang yang mampu memimpin Qis," masih terngiang-ngiang bicara lunak Qis.

Akhir-akhir ini, panas rasanya punggung dia di rumah. Pagi-pagi, selesai solat subuh, cepat-cepat dia bersiap untuk ke pejabat. Tidak seperti kelaziman, dia akan bersarapan berjemaah bersama isteri dan anak- anak. Aduhai, penangan Qis gadis kelahiran Bumi Kenyalang benar-benar menjerat hatinya.

" Abang , Aliyah setuju dengan permintaan Abang. Tapi, Aliyah nak berjumpa dengan wanita tu," Lembut dan tenang sayup-sayup suara isterinya. Dia tahu, Aliyah bukan seorang yang panas baran. Aliyah terlalu sempurna, baik tetapi ahh hatinya kini sedang mengilai wanita yang jauh lebih muda.

"Bawa dia ke sini, tinggalkan dia bersama Aliyah selama 1 hari saja, boleh?" pelik benar permintaan isterinya. Hendak dipengapakan apakah buah hatinya itu? Namun, tanpa sedar dia menganguk, tanda setuju. Sebab, dia yakin isterinya tidak akan melakukan perkara yang bukan-bukan. Dan hakikatnya dia seharusnya bersyukur. Terlalu bersyukur. Kalaulah isterinya itu wanita lain, alamatnya perang dunia meletus lah jawabnya. Melayanglah periuk belanga. Ehhh, itu zaman dulu-dulu. Zaman sekarang ni, isteri-isteri lebih bijak.

Teringat dia kisah seorang tentera yang disimbah dengan asid, gara-gara menyuarakan keinginan untuk menambah cawangan lagi satu. Kecacatan seumur hidup diterima sebagai hadiah sebuah perkahwinan yang tidak sempat dilangsungkan. Dan dia, hanya senyuman daripada Aliyah.

"Apa, nak suruh Qis jumpa dengan isteri Abang," terjegil bulat mata Qis yang berwarna hijau. "Kak Aliyah yang minta," masih lembut dia memujuk Qis.

"Biar betul, apa dia nak buat dengan Qis?" "Takutlah Qis, silap haribulan dia bunuh Qis!" terkejut Asraf Mukmin. "Percayalah Qis, Aliyah bukan macam tu orangnya. Abang dah lama hidup dengannya. Abang faham," Qistina mengalih pandangannya.

Mahu apakah bakal madunya berjumpa dengannya? Dia sering disogokkan dengan pelbagai cerita isteri pertama membuli isteri kedua. Heh, ini Qistina lah. Jangan haraplah jika nak membuli aku. Desis hati kecil Qistina. Hari ini genap seminggu Qistina bercuti seminggu. Seminggu jugalah dia merindu. Puas dicuba untuk menghubungi Qistina, namun tidak berjaya. Rakan serumah menyatakan mereka sendiri tidak mengetahui ke mana Qistina pergi. Genap seminggu juga peristiwa dia menghantar Qistina untuk ditemuduga oleh Aliyah. Sedangkan dia diminta oleh Aliyah bermunajat di Masjid Putra. Di masjid itu, hatinya benar-benar terusik. Sekian lamanya dia tidak menyibukkan dirinya dengan aktiviti keagamaan di masjid Putra.

Dulu, sebelum dia mengenali Qistina, saban malam dia akan bersama dengan Aliyah serta anak-anaknya, berjemaah dengan kariah masjid. Kemudian menghadiri majlis kuliah agama. Membaca Al-Quran secara bertaranum itu adalah kesukaannya. Namun, lenggok Qistina melalaikannya. Haruman Qistina memudarkan bacaan taranumnya. Hatinya benar-benar sunyi. Sunyi dengan tasbih, tasmid yang sering dilagukan. Seharian di Masjid Putra, dia cuba mencari dirinya, Asraf Mukmin yang dulu. Asraf Mukmin anak Imam Kampung Seputih. Asraf Mukmin yang asyik dengan berzanji. Menitis air matanya. Hatinya masih tertanya-tanya, apakah yang telah terjadi pada hari itu. Aliyah menunaikan tanggungjawabnya seperti biasa. Tiada kurangnya layanan Aliyah. Mulutnya seolah-olah terkunci untuk bertanya hal calon madu Aliyah.

Tit tit... sms menjengah masuk ke kantung inbox hensetnya. "Qis minta maaf. Qis bukan pilihan terbaik utk Abang jadikan isteri. Qis tidak sehebat kak Aliyah. Qis perlu jadikan diri Qis sehebatnya untuk bersama Abang.
"

Dibawah hensetnya, ada sekeping sampul besar.

Kepada: Asraf Mukmin, Suami yang tersayang...

Asraf Mukmin diburu kehairanan. Sampul berwarna cokelat yang hampir saiz dengan A4 itu dibuka perlahan.



---------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani.


Salam sejahtera buat suami yang tercinta, moga redhaNya sentiasa mengiringi jejak langkahmu. Abang yang dikasihi, genap seminggu sesi temuduga yang Aliyah jalankan pada Qistina. Terima kasih kerana Abang membawakan Aliyah seorang calon madu yang begitu cantik. Di sini Aliyah kemukakan penilaian Aliyah.


1. Dengan ukuran badan ala-ala model, dia memang mengalahkan Aliyah yang sudah tidak nampak bentuk badan. Baju- bajunya memang mengikut peredaran zaman. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tak sanggup Abang diheret ke neraka kerana menanggung dosa. Sedangkan dosa Abang sendiri pun, masih belum termampu untuk dijawab di akhirat sana , apatah lagi Abang nak menggalas dosa org lain. Aliyah sayangkan Abang...

2. Aliyah ada mengajak dia memasak. Memang pandai dia masak, apatah lagi western food. Tapi, Aliyah sayangkan Abang. Aliyah tahu selera Abang hanya pada lauk pauk kampung. Tapi tak tahulah pula Aliyah kalau-kalau selera Abang sudah berubah. Tapi, Aliyah masih ingat lagi, masa kita sekeluarga singgah di sebuah restoran western food, Abang muntahkan semua makanan western food tu. Lagi satu, anak-anak kita semuanya ikut selera ayah mereka. Kesian nanti, tak makan la pula anak-anak kita. Aliyah sayangkan Abang...

3. Aliyah ada mengajak dia solat berjemaah. Kelam kabut dibuatnya. Aliyah minta dia jadi Imam. Yelah, nanti dia akan menjadi ibu pada zuriat Abang yang lahir, jadinya Aliyah harapkan dia mampu untuk mengajar anak-anak Abang untuk menjadi imam dan imamah yang beriman. Tapi, kalau dia sendiri pun kelam kabut memakai telekung... Aliyah sayangkan Abang...

Abang yang disayangi, cukuplah rasanya penilaian Aliyah. Kalau diungkap satu persatu, Aliyah tak terdaya. Abg lebih memahaminya. Ini penilaian selama 1 hari, Abang mungkin dapat membuat penilaian yang jauh lebih baik memandangkan Abang mengenalinya lebih dari Aliyah mengenalinya.

Abang yang dicintai, di dalam sampul ini ada borang keizinan berpoligami. Telah siap Aliyah tandatangan. Juga sekeping tiket penerbangan MAS ke Sarawak. Jika munajat Abang di Masjid Putra mengiayakan tindakan Abang ini, ambillah borang ini, isi dan pergilah kepada Qistina. Oh ya, lupa nak cakap, Qistina telah berada di Sawarak. Menunggu Abang... Aliyah sayangkan Abg...

Tetapi jika Abg merasakan Qistina masih belum cukup hebat untuk dijadikan isteri Abang, pergilah cari wanita yang setanding dengan Aliyah... Aliyah sayangkan Abg.

Tetapi, jika Abg merasakan Aliyah adalah isteri yang hebat untuk Abangg.. tolonglah bukakan pintu bilik ni. Aliyah bawakan sarapan kegemaran Abang, roti canai.. air tangan Aliyah.

Salam sayang, Aliyah Najihah binti Mohd Hazery.

TAZKIRAH 2

KEISTIMEWAAN PEMBINAAN HUKUM PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD


Perundangan islam ditegak atas asas memelihara kepentingan manusia, menghindar kemudaratan dan menolak kerosakan dari mereka. Inilah prinsip yang besar mencakupi semua hukum hakam Syariat Islam. Berdasarkan prinsip ini dapatlah dirumuskan beberapa keistimewaan perundangan islam pada zaman ini yang mana pada hakikatnya ia merupakan ciri- ciri kepada prinsip yang besar, iaitu memelihara kepentingan manusia dan menolak kemudaratan dari mereka. diantara ciri- ciri tersebut adalah seperti berikut:-

1. Beransur- ansur ( Tadarruj)dalam pembinaan hukum islam.

Al- Quran tidaklah menurunkan hukum-hukumnya sekaligus dan begitu jugalah hadith. Sebaliknya hukum syariat itu turun bagi menjawab soalan atau menyatakan hukum kepada sesuatu peristiwa yang berlaku, atau menerangkan hukum tertentu yang mana menurut pertimbangan syarak bahawa sudah tiba masanya diperundang dan dilaksanakan.Ini semua menjadikan pembinaan hukum itu beransur- ansur. Hikmah pembinaan hukum secara ini ialah menjadikan hukum- hukum itu lebih ringan keatas manusia untuk menerimanya dan lebih mendorong mereka untuk mengamalkannya daripada diturunkannya sekaligus.Pendekatan ini juga memudahkan mereka mengetahui dan menghafaz hukum- hukumnya, memahami sebab- sebab dan latarbelakang hukum diturunkan. Cara inilah yang amat sesuai dengan keadaan orang- orang Arab ketika itu yakni penganut islam pertama,kerana pembacaan dan penulisan belum tersebar luas dikalangan mereka, kecuali berdasarkan kepada daya kekuatan ingatan dan hafalan.maka adalah wajar sekali diambil kira keadaan dan suasana ini dimana hukum diturunkan keatas mereka sedikit demi sedikit sehinggalah semuanya dapat difahami dan diingati oleh mereka.

Beberapa bentuk tadarruj dalam pembinaan hukum.

a) Tadarruj Zamani, maksudnya hukum- hukum itu tidak diturunkan dalam satu waktu sahaja bahkan ada yang dahulu dan ada yang kemudian, maka undang- undang islam tidak dibina atau dibentuk dalam satu masa sekaligus, tetapi ia memakan masa sepanjang tempoh kenabian lebih kurang 23 tahun.

b) Tadarruj dalam pembinaan berbagai hukum, kerana orang islam tidak dibebankan dengan tugas- tugas yang banyak pada permulaan islam, maka sedikit tugasan pada permulaan merupakan persediaan untuk menerima tanggungjawab dan tugasan berikutnya. Contohnya solat pada mulanya disyarakkan pada dua waktu sahaja, sekali waktu pagi dan sekali waktu petang, kemudian dijadikan solat lima kali pada setiap hari siang dan malam.
Zakat pada mulanya tidak ditentukan jenis dan kadarnya, bahkan orang islam diberi kebebasan menginfakkan hartanya menurut kemampuan dan kehendak masing- masing, kemudian ditentukan kadarnya yang mesti dikeluarkan zakat secara tegas.Begitu juga dengan arak, Ianya tidak diharamkan sekaligus, tetapi islam mendahulukan penerangan bahaya penagihan arak kemudian dilarang menghampiri solat dalam keadaan mabuk, kemudian berakhir dengan pengharaman secara tegas.

c) Tadarruj dengan menyebutkan hukum-hukum secara kulli atau umum.Selepas secara kulli barulah didatangkan secara terperinci.Pembinaan hukum atau pembinaan hukum semasa di Mekah adalah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum amali datang dalam bentuk kulli kemudian perundangan di Madinah akan memperincikan hukum yang kulli itu.

2. Mengangkat kesulitan.

Diantara ciri- ciri keistimewaan perundangan zaman nabi dan juga semua zaman ialah mengangkat dan menghindar semua bentuk kesulitan. Terdapat nas- nas yang jelas menunjukkan bahawa syarak atau Allah tidak mahu menyusahkan hambanya bahkan Allah mahu menyenang dan meringankan mereka. Allah berfirman:-

a) Ertinya" Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran". ( Al- Baqarah : 185 )

b) Ertinya " Allah (sentiasa) hendak meringankan (bebanan hukumnya)daripada kamu ". ( An- Nisaa' : 28 )

c) Ertinya " Dan Dia ( Allah ) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama". ( Al- Hajj : 78 )

Dalam hadith pula ialah : sabda Nabi s.a.aw yang bererti " Hendaklah kamu permudahkan dan jangan kamu persulitkan. ( Riwayat al- Bukhari dan Muslim)

3. Nasakh.
Nasakh ertinya diangkat hukum yang dahulu dan digantikan dengan hukum yang baru. Nasakh dalam perundangan islam hanya berlaku pada zaman nabi s.a.aw sahaja. Tujuannya ialah menjaga kepentingan umat manusia dan mengangkat yang sulit atau menyusahkan dari mukallaf dan menanganinya dengan cara tadarruj dan lembut.Sebagai contohnya ialah 'Iddah perempuan yang kematian suami pada mulanya selama satu tahun, kemudian di nasakhkan satu tahun ber'ddah digantikan dengan empat bulan, Qiblat pertama ialah Baitul Maqdis kemudian dijadikan Baitullah ( ka'bah) sebagai kiblat sembahyang.

TAZKIRAH 1

KITA IBARAT PENGEMBARA


Kehidupan kita di dunia ini adalah sementara sahaja, ibarat sedang mengembara / bermusafir dari dunia yang bersifat sementara menuju ke tempat yang kekal abadi iaitu alam akhirat.

Dari Ibn Umar r.a., katanya : Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara”. Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati.”

Justeru itu, sementara kita masih hidup dan badan kita masih sihat, hendaklah kita gunakan nikmat masa yang dianugerahkan Allah dengan sebaik-baiknya, iaitu dengan perkara-perkara yang berfaedah atau yang memberi manfaat untuk kehidupan dunia dan mendatangkan pahala untuk bekalan akhirat.

Sebelum kita bertutur kata, melakukan sesuatu perbuatan, menyumbang fikiran, tenaga dan wang ringgit hendaklah dipastikan untuk mendapat keredhaan Allah swt. Firman Allah swt: “Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah” (Al-Baqarah: 272)

Ingatlah juga di kiri dan di kanan kita ada penjaga, iaitu malaikat yang mencatat segala amalan kita. Firman Allah swt: “Sesungguhnya bagi kamu ada malaikat-malaikat yang mengawasi pekerjaanmu” (Al-Infithaar:10)

Sentiasalah kita mempersiapkan diri untuk mengadap Allah s.w.t. dengan menyediakan bekalan yang secukupnya. Dalam setiap keadaan, hendaklah kita sentiasa ingat dan patuh segala perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya. Amatlah rugi mereka yang lalai dan asyik dengan kehidupan dunia (tanpa peduli soal dosa dan pahala), dan sentiasa bertangguh untuk membuat kebaikan / amal (dengan harapan umur panjang).

Firman Allah swt: “Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau, sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?” (al-Annam :32).

SEBUAH PUISI..

CINTA SEJATI

Cinta di hati
cinta nan hakiki
bersemi dan menguntum
kekal selamanya
di sini jua.

Cinta dibina
dalam mencari redhanya Illahi
untuk sebuah kehidupan
yang tulus dan memberi bahagia
untuk diri dan kesejagatan insan.

Dan cerialah suasana maya
bila cinta mantap mewangi
bersama turunnya hujan dinihari
yang hening dan dingin.

*Adaptasi dari Al-Muslimah