:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Baby Zara E Shop ::

Urusniaga secara ONLINE sahaja

Sebarang pertanyaan, sila hubungi /
SMS / Whatsapp ke 019-5525849 (Nursyafazillah Mohd Salleh)


EMAIL : assyifa251086@gmail.com


All items are READY STOCK !!!!

SERIOUS BUYER only !!!!


* HARGA YG TERTERA ADALAH NORMAL PRICE..SETIAP PEMBELIAN AKAN MENDAPAT HARGA DISKAUN....CPT2 ORDER YE..

Sunday, November 1, 2009

BERTAFAKUR MERENUNG NIKMAT ALLAH..

Sebagai makhluk ciptaan Allah kita hendaklah sentiasa merenung, memerhati dan memikirkan tentang kurniaan nikmat Allah ke atas diri kita yang terlalu banyak dan tidak terhitung. Allah telah mengurniakan dengan berbagai-bagai nikmat antaranya, kesihatan, rezeki, keamanan dan nikmat yang paling besar ialah nikmat iman dan Islam. Lantaran itu sebagai manusia yang beriman(percaya) kepada Allah, kita hendaklah menzahirkan rasa syukur itu dengan mengerjakan amal soleh walau sekecil hama dan mengabdikan diri hanya kepadaNya sahaja. Kita tidak sepatutnya menjadi seorang hamba yang bongkak dan takbur dengan amalan kita.

Dengan yang demikian, ia akan menjadikan diri kita sentiasa bersyukur kepada Allah. Menjadikan diri kita sentiasa merasa tenang, aman dan damai. Di samping akan menguatkan lagi keimanan dan keyakinan terhadapNya. Firman Allah bermaksud,"Dan Dia telah memberikan kepadamu keperluanmu dari segala apa yang kamu mohon kepada Nya. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungkannya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah)" (Ibrahim, 34).