:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Baby Zara E Shop ::

Urusniaga secara ONLINE sahaja

Sebarang pertanyaan, sila hubungi /
SMS / Whatsapp ke 019-5525849 (Nursyafazillah Mohd Salleh)


EMAIL : assyifa251086@gmail.com


All items are READY STOCK !!!!

SERIOUS BUYER only !!!!


* HARGA YG TERTERA ADALAH NORMAL PRICE..SETIAP PEMBELIAN AKAN MENDAPAT HARGA DISKAUN....CPT2 ORDER YE..

Tuesday, August 25, 2009

Selesai..pembacaan sebuah novel..



Assalamualaikum..akhirnya selesai ana membaca sebuah novel bertajuk Munajat Cinta, penulisan Taufiqurrahim al-Azizy..penulis yang berasal dari Indonesia. Sebuah buku yang patut di baca..Sebuah buku berkisar tentang perjalanan kehidupan seorang gadis yang bernama Ruwayda..Ruwayda, seorang gadis yang dikurniakan dengan kecerdasan istimewa, lahir dari keluarga yang kaya, tiba-tiba perlu berhadapan dengan kenyataan pahit yang menimpa keluarganya. Ayahnya bankrap! Cita-citanya mahu menjadi mahasiswi terkandas. Hampir setiap hari ibu bapanya bertengkar kerana hutang. Jiwa Ruwayda goncang. Kebankrapan memporak-perandakan keharmonian cinta ayah dan ibunya.
Di atas tanah perkuburan Paponan di daerah Parakan, Ruwayda berada pada tahap jiwa yang kritikal! Antara menjadi pelacur supaya mendapat wang cepat atau mengakhiri hidup yang penuh sengsara. Hilang pesona imannya sebagai muslimah gara-gara belenggu wang, cinta, harga diri dan kebahagiaan.
Novel Islami ini penuh dengan pergolakan jati diri seorang gadis yang mencari jalan hidup, cinta, dan imannya. Sebuah novel yang penuh plot, ketegangan, getaran, kasih sayang, sekali gus air mata….

TAZKIRAH 8 -KECANTIKKAN..

Jadikanlah Ghadhdul Bashar (menundukkan pandangan) sebagai "hiasan mata" anda, nescaya akan semakin bening dan jernih.

Oleskan "lipstik kejujuran" pada bibir anda, nescaya akan semakin manis.

Gunakanlah "pemerah pipi" anda dengan kosmetik yang terbuat dari rasa malu yang dibuat dari salon Iman.

Pakailah "sabun Istighfar" yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang anda lakukan.

Rawatlah rambut anda dengan "Selendang Islami" yang akan menghilangkan kelemumur pandangan lelaki yang merbahayakan.

Hiasilah kedua tangan anda dengan gelang Tawadhu' dan jari-jari anda dengan cincin Ukhuwwah.

Sebaik-baiknya kalung anda adalah kalung "kesucian".

Bedaklah wajah anda dengan "air Wudhu" nescaya akan bercahaya di akhirat.



* NUKILAN DARI SEORANG TEMAN..

Sunday, August 2, 2009

JOM BACA LAWAK NI....

1. Salah naik bas

Suatu malam seorang lelaki yang sedang mabuk naik bas dan duduk di sebelahnya seorang nenek. Si nenak memandangnya dari atas ke bawah, lalu berkata,

"Kamu tahu tak, kamu akan ke neraka!"

Lelaki mabuk itu melompat terperanjat dan berteriak, "Berhenti!. Salah naik bas."



2.Cara jawab telefon
"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)