:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Baby Zara E Shop ::

Urusniaga secara ONLINE sahaja

Sebarang pertanyaan, sila hubungi /
SMS / Whatsapp ke 019-5525849 (Nursyafazillah Mohd Salleh)


EMAIL : assyifa251086@gmail.com


All items are READY STOCK !!!!

SERIOUS BUYER only !!!!


* HARGA YG TERTERA ADALAH NORMAL PRICE..SETIAP PEMBELIAN AKAN MENDAPAT HARGA DISKAUN....CPT2 ORDER YE..

Monday, May 11, 2009

TAZKIRAH 1

KITA IBARAT PENGEMBARA


Kehidupan kita di dunia ini adalah sementara sahaja, ibarat sedang mengembara / bermusafir dari dunia yang bersifat sementara menuju ke tempat yang kekal abadi iaitu alam akhirat.

Dari Ibn Umar r.a., katanya : Rasulullah SAW telah memegang bahuku dan bersabda: “Anggaplah dirimu di dunia ini sebagai seorang perantau, atau pengembara”. Maka Ibn Umar berkata : “Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi. Dan jika engkau berada di waktu pagi maka janganlah engkau menunggu petang. Gunakanlah waktu sihatmu sebelum datang waktu sakit. Dan gunakanlah waktu hidupmu sebelum datang waktu mati.”

Justeru itu, sementara kita masih hidup dan badan kita masih sihat, hendaklah kita gunakan nikmat masa yang dianugerahkan Allah dengan sebaik-baiknya, iaitu dengan perkara-perkara yang berfaedah atau yang memberi manfaat untuk kehidupan dunia dan mendatangkan pahala untuk bekalan akhirat.

Sebelum kita bertutur kata, melakukan sesuatu perbuatan, menyumbang fikiran, tenaga dan wang ringgit hendaklah dipastikan untuk mendapat keredhaan Allah swt. Firman Allah swt: “Dan janganlah kamu membelanjakan sesuatu melainkan kerana mencari keredaan Allah” (Al-Baqarah: 272)

Ingatlah juga di kiri dan di kanan kita ada penjaga, iaitu malaikat yang mencatat segala amalan kita. Firman Allah swt: “Sesungguhnya bagi kamu ada malaikat-malaikat yang mengawasi pekerjaanmu” (Al-Infithaar:10)

Sentiasalah kita mempersiapkan diri untuk mengadap Allah s.w.t. dengan menyediakan bekalan yang secukupnya. Dalam setiap keadaan, hendaklah kita sentiasa ingat dan patuh segala perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya. Amatlah rugi mereka yang lalai dan asyik dengan kehidupan dunia (tanpa peduli soal dosa dan pahala), dan sentiasa bertangguh untuk membuat kebaikan / amal (dengan harapan umur panjang).

Firman Allah swt: “Dan kehidupan dunia ini, hanyalah permainan dan senda gurau, sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang yang yang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti?” (al-Annam :32).

No comments:

Post a Comment