1. Bersyukurlah kepada Allah Taala kerana dikurniakan kelebihan diri. Sekalipun sebenarnya
kita rasa kita tidak layak memilikinya.
2. Kelebihan yang ada pada diri anda adalah kurniaan Allah. Oleh itu mengapa anda harus membangga diri?
3. Berkongsilah nikmat dengan orang lain juga kirannya anda memperolehi harta, wang ringgit atau
sebagainya, agar memdapat keredhaan Illahi.
4. Ingatlah, kejayaan yang anda capai itu dari hasil pengorbanan dan dorongan orang-orang di keliling anda
seperti suami, ibu bapa, guru-guru atau pekerja bawahan.
5. Biasanya kejayaan itu ditempa dari ujian dan dugaan, bukannya nikmat seperti kata-kata pujian.
Umpama pohon yang subur yang selalu dicantas dan dibajai selalu dengan air limbahan, bukannya
ditaburi dengan gula!.

No comments:
Post a Comment