:: Assalamualaikum & Selamat Datang ke Baby Zara E Shop ::

Urusniaga secara ONLINE sahaja

Sebarang pertanyaan, sila hubungi /
SMS / Whatsapp ke 019-5525849 (Nursyafazillah Mohd Salleh)


EMAIL : assyifa251086@gmail.com


All items are READY STOCK !!!!

SERIOUS BUYER only !!!!


* HARGA YG TERTERA ADALAH NORMAL PRICE..SETIAP PEMBELIAN AKAN MENDAPAT HARGA DISKAUN....CPT2 ORDER YE..

Monday, May 11, 2009

TAZKIRAH 2

KEISTIMEWAAN PEMBINAAN HUKUM PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD


Perundangan islam ditegak atas asas memelihara kepentingan manusia, menghindar kemudaratan dan menolak kerosakan dari mereka. Inilah prinsip yang besar mencakupi semua hukum hakam Syariat Islam. Berdasarkan prinsip ini dapatlah dirumuskan beberapa keistimewaan perundangan islam pada zaman ini yang mana pada hakikatnya ia merupakan ciri- ciri kepada prinsip yang besar, iaitu memelihara kepentingan manusia dan menolak kemudaratan dari mereka. diantara ciri- ciri tersebut adalah seperti berikut:-

1. Beransur- ansur ( Tadarruj)dalam pembinaan hukum islam.

Al- Quran tidaklah menurunkan hukum-hukumnya sekaligus dan begitu jugalah hadith. Sebaliknya hukum syariat itu turun bagi menjawab soalan atau menyatakan hukum kepada sesuatu peristiwa yang berlaku, atau menerangkan hukum tertentu yang mana menurut pertimbangan syarak bahawa sudah tiba masanya diperundang dan dilaksanakan.Ini semua menjadikan pembinaan hukum itu beransur- ansur. Hikmah pembinaan hukum secara ini ialah menjadikan hukum- hukum itu lebih ringan keatas manusia untuk menerimanya dan lebih mendorong mereka untuk mengamalkannya daripada diturunkannya sekaligus.Pendekatan ini juga memudahkan mereka mengetahui dan menghafaz hukum- hukumnya, memahami sebab- sebab dan latarbelakang hukum diturunkan. Cara inilah yang amat sesuai dengan keadaan orang- orang Arab ketika itu yakni penganut islam pertama,kerana pembacaan dan penulisan belum tersebar luas dikalangan mereka, kecuali berdasarkan kepada daya kekuatan ingatan dan hafalan.maka adalah wajar sekali diambil kira keadaan dan suasana ini dimana hukum diturunkan keatas mereka sedikit demi sedikit sehinggalah semuanya dapat difahami dan diingati oleh mereka.

Beberapa bentuk tadarruj dalam pembinaan hukum.

a) Tadarruj Zamani, maksudnya hukum- hukum itu tidak diturunkan dalam satu waktu sahaja bahkan ada yang dahulu dan ada yang kemudian, maka undang- undang islam tidak dibina atau dibentuk dalam satu masa sekaligus, tetapi ia memakan masa sepanjang tempoh kenabian lebih kurang 23 tahun.

b) Tadarruj dalam pembinaan berbagai hukum, kerana orang islam tidak dibebankan dengan tugas- tugas yang banyak pada permulaan islam, maka sedikit tugasan pada permulaan merupakan persediaan untuk menerima tanggungjawab dan tugasan berikutnya. Contohnya solat pada mulanya disyarakkan pada dua waktu sahaja, sekali waktu pagi dan sekali waktu petang, kemudian dijadikan solat lima kali pada setiap hari siang dan malam.
Zakat pada mulanya tidak ditentukan jenis dan kadarnya, bahkan orang islam diberi kebebasan menginfakkan hartanya menurut kemampuan dan kehendak masing- masing, kemudian ditentukan kadarnya yang mesti dikeluarkan zakat secara tegas.Begitu juga dengan arak, Ianya tidak diharamkan sekaligus, tetapi islam mendahulukan penerangan bahaya penagihan arak kemudian dilarang menghampiri solat dalam keadaan mabuk, kemudian berakhir dengan pengharaman secara tegas.

c) Tadarruj dengan menyebutkan hukum-hukum secara kulli atau umum.Selepas secara kulli barulah didatangkan secara terperinci.Pembinaan hukum atau pembinaan hukum semasa di Mekah adalah dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan hukum amali datang dalam bentuk kulli kemudian perundangan di Madinah akan memperincikan hukum yang kulli itu.

2. Mengangkat kesulitan.

Diantara ciri- ciri keistimewaan perundangan zaman nabi dan juga semua zaman ialah mengangkat dan menghindar semua bentuk kesulitan. Terdapat nas- nas yang jelas menunjukkan bahawa syarak atau Allah tidak mahu menyusahkan hambanya bahkan Allah mahu menyenang dan meringankan mereka. Allah berfirman:-

a) Ertinya" Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran". ( Al- Baqarah : 185 )

b) Ertinya " Allah (sentiasa) hendak meringankan (bebanan hukumnya)daripada kamu ". ( An- Nisaa' : 28 )

c) Ertinya " Dan Dia ( Allah ) tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama". ( Al- Hajj : 78 )

Dalam hadith pula ialah : sabda Nabi s.a.aw yang bererti " Hendaklah kamu permudahkan dan jangan kamu persulitkan. ( Riwayat al- Bukhari dan Muslim)

3. Nasakh.
Nasakh ertinya diangkat hukum yang dahulu dan digantikan dengan hukum yang baru. Nasakh dalam perundangan islam hanya berlaku pada zaman nabi s.a.aw sahaja. Tujuannya ialah menjaga kepentingan umat manusia dan mengangkat yang sulit atau menyusahkan dari mukallaf dan menanganinya dengan cara tadarruj dan lembut.Sebagai contohnya ialah 'Iddah perempuan yang kematian suami pada mulanya selama satu tahun, kemudian di nasakhkan satu tahun ber'ddah digantikan dengan empat bulan, Qiblat pertama ialah Baitul Maqdis kemudian dijadikan Baitullah ( ka'bah) sebagai kiblat sembahyang.

No comments:

Post a Comment