MENURUT seorang pakar psikologi, Dr.Jerry Deffenbacher, ada orang lebih mudah melenting atau 'panas baran', dan ada pula yang tidak menunjukkan kemarahan secara fizikal, sebaliknya menyembunyikan perasaan mereka.
Orang yang panas baran biasanya mengalami daya ketahanan yang rendah terhadap sesuatu situasi. Dia mudah kecewa, mudah berasa gusar,tidak selesa, tidak boleh 'diusik', tidak boleh ditegur, dan akan melakukan sesuatu yang dluar jangkaan. Mengapakah ini terjadi?
Ada banyak faktor yang terlibat dan salah satu daripadanya ialah genetik atau fisiologi. Terdapat bukti bahawa ada bayi yang dilahirkan dalam keadaan mudah mengalami kerengsaan, sering merengek, mudah bebal, dan cerewet. Ini adalah tanda awal yang dapat dilihat.
Satu lagi faktor ialah sosiobudaya. Adakalanya kita diajar bahawa perasaan seperti kecewa atau emosi lain boleh diluahkan, tetapi bukan marah. Ini bermakna kita hendaklah 'menahan' marah, dan jangan meluahkannya. Akibatnya, kita tidak tahu cara untuk mengendalikannya dengan betul.
Selain itu, kajian juga mendapati latar belakang keluarga memain peranan. Lazimnya, orang yang cepat melenting berasal daripada keluarga yang kucar-kacir dan tidak saling berkomunikasi sesama sendiri.
* Copy paste dari email pemberian seorang teman..

No comments:
Post a Comment